Pengikut (Blogspot)

Selasa, 19 April 2011

ingin jadi orang lidi

hello semua, selamat malam...

malam bahagia. Encik L call sampai aku malas nak layan. sangat puas hati lah. standard perempuan la memang suke bebel panjang-panjang kan...

hari ni dan semalam; sepatutnye aku update semalam entri ni. hati aku ni gejolak-gejolak sekarang nak lari setempat merata-rata, nak buat tekan tubi, nak lari-lari mase naek tangga, nak angkat dum bell mase tengah gosok gigi dan nak jadikan tarian latin sebagai senaman petang. percaye tak percaye? percaye lah, aku akan buat semuanye dalam mimpi.... ahahahaa.



aku nak kurus! yer kalau korang tak nampak; aku taip sekali lagi KURUS KURUS KURUS!

hahahaha... tulisan makin membesar macam nak menggemok pulak kan?? tak kena, tak kena~!

macam ni, meh kaji punca kenape aku nak kurus. punca pertama ialah mulut Cik Fariza yang kata aku dah makin gemok. aku admit la, memang cara makan skang dah berlebih-lebih. asal ade mood jer makan. kan kan kan? yang keduanye; aku ade sehelai seluar kesayangan yang memang sangat-sangat sempit untuk dipakai... alahai ~ macam sayang.

so, aku akhirnye dah jumpe azam aku tahun ni! aku nak kurus sebab nak pakai balik seluar kesayangan aku tu. ni boleh jadi motivasi yang baik ke?? 

Favorite jeans ~ ayah beli dulu!

azam memang menggunung; aku kan mempunyai sifat pembacaan yang tinggi. habis muka ke muka Majalah Rapi milik Cik Hawa aku selak, aku bace satu per satu. tapi bace je la pun. sampai hari ni belum ade satu tips pun yang aku ikot. ahakz

korang cube fikir; macam mane aku nak diet?? aku macam mewah dengan makanan. ye lah; pagi-pagi lagi kebanyakan partner keje ajak aku pegi lepak Restoren Al-Safir a.k.a mamak dekat dengan opis aku. menu utama aku macam biase ler roti telur (come out with telur dua bijik) campur roti planta. tak pun roti bakar satu set add on dengan telur setengah masak... yang wajibnye; telur. ingat ko Malik Noor ke Mastura? aisyeh~!

Nak i tumbuk sekali?

sambung lagi pulak menu makan tengah hari. kalau makan dekat Kedai Opah Winfrey; akan makan nasik dengan ikan keli tak pun lauk kampung. balik opis balik mesti beli goreng pisang ke, tak pun akan makan kuih ketayap 3 bijik... emm sume manis ngan lemak; memang sedap di makan. 

tu belum masuk kunjungan kedua ke Restoren Al-Safir untuk merasa meggi goreng ciptaan mamak pulak kan?? yela, nak hilangkan tensen kene la pegi makan... baru nampak macam hidup bahagia dan mungkin lepas ni hidup bahaya sebab lawat hospital tetiap bulan amek ubat penyakit tiga serangkai ~ takot takot!

makan malam pulak perut nak gedik; McDonald, KFC ke, nasi putih tomyam dengan telur dadar ke, semua yang heavy yang kadang-kadang memang tak perlu pun dalam gizi seimbang aku. finally my body have pumping out drastically; macam suction tank dekat SK Jalan Kuantan. macam sucks!

gaya hidup aku mungkin lebih kepada tak sihat; almost everyday beverage aku mesti carbonated drink, keropok, jajan, asam boi, jeruk ~ all listed yang menghampiri manufacturing product memang jadi favorite aku. ni pun antara punca badan cepat naik. 

mungkin aku patut mulakan dengan step mengenal pasti ape makanan yang membuatkan aku gemok kan? and then come out with menu that suitable for me... 

sekarang ni; aku nak tetapkan azam ~! aku nak kurus. chow 


kalau gaji 5000 sebulan, mampu la nak kurus dengan epal ni. ahaks




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.