Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 2 April 2011

harta milik aku

hello semua, selamat malam...

malam ni malam sabtu. Cik Hawa baru je lepas balik hantar Adik Manje balik rumah kat Rawang dan berita sedih; Institut DBKL tak jadi nak handing over. tak tau la ape nasib company aku lepas ni. sob sob sob. 

alrite, meh tinggalkan cerite pasal kerja dan cerite pasal hal family pulak... macam ni, tadi aku pegi lunch dengan bebudak praktikal dekat Kedai Opah; biase la layan nasik campur lauk keli, sayur kobis masak lemak dengan sambal tempe ape jenis susah nak cakap. 

sesambil makan tu; aku makan kepala ikan keli. kruk krak kruk krak la. and then, keluar la isu kalau makan kepala ikan pelupa dan Adik Natrah tetibe keluarkan statement yang kalau makan kepala ikan keli, otak jadi bijak.... ade betol ke Adik Natrah???

Kalau makan saiz ni, mungkin jadi super bijak

entahla. bile cerite pasal pantang larang untuk jadi cepat ingat aku ade satu makanan je dalam dunia ni yang aku totally pantang supaya aku ni tak pelupa; they are green apples. Puan Mak selalu pantangkan aku supaya tak makan buah ni; memang aku suka makan epal hijau dulu dan Puan Mak detect; ni lah makanan yang lagi tambah pelupa kan aku yang dah memang sedia pelupa dan cepat careless ni... 

A slice to lost it all. 
bile cerite pasal Puan Mak; bebelan aku dilanjutkan kepada belajar kat universiti bla bla bla. tunjuk ilmu se dua, share pengalaman dan mengingatkan aku pada Ncik Ayah la pulak.... 

seingat aku, mase zaman aku matrikulasi Ncik Ayah still supporting my fee; about one or two thousand. mase tu semangat betul beliau, yelah kengkonon sorang je anak beliau yang lepas ke matrikulasi. tapi aku tak membanggakan pun kat matrikulasi. dapat proceed sambung kat degree pun kire bagus. 

dan mase aku daftar masuk UTM dulu pun, Ncik Ayah still keluarkan duit beliau about one thousand plus plus sebab aku tak dapat advance PTPTpu... dialog yang aku tak dapat lupe sampai hari ni, yang buat aku sangat sebak lalala ~ 'ayah mampu tanggung sampai sini je, yang lain pinjam ye?' 

mase tu semangat la nak tunjuk prestasi, tapi aku manusia pun ade silap langkah. tapi beliau tetap bangga dengan aku until the day i wrote this and i hope forever. 

mase zaman aku down; mase Arwah Angah baru meninggal dunia. mase tu Final Exam, sem 3 tak silap. aku macam dilanda murung. ayat Ncik Ayah yang aku akan selalu ingat 'ayah takde kebun nak bagi, tanah pun takde, harta ape pun takde nak waris, yang ade ayah bagi pelajaran je. pandai-pandai yang jaga pelajaran tu, sebab tu la harta peninggalan ayah kat mastura' 

walaupun kemurungan masih ade mase tu, aku tetap study sebab kenangkan kata-kata Ncik Ayah dekat aku. 

dan, resultnye kini aku dah bekerja. mungkin gaji tak ribu riban macam orang yang sedang berjaya sekarang. mungkin jugak aku takde harta yang boleh nak bangga langsung sekarang. i am nobody in industry.

tapi, terima kasih Ncik Ayah.... dengan pelajaran ni aku mampu berfikir waras dan dengan pelajaran ni jugak aku mampu untuk membantu serba sedikit keperluan keluarga. tanpe pelajaran mungkin aku tak mampu nak atur kehidupan ni.... more over; dengan bekal duit permulaan pelajaran ni jugak, aku sedang memuncak naik memberi khidmat pada orang selayaknye...

ok, no more bebel-bebel for Ncik Ayah. 

hari ni birthday Puan Mak actually, semoga Puan Mak sihat walafiat dan menjalani kehidupan tua  veteran dengan bahagia bersama suami, anak-anak, cucu dan sekeluarga terchenta yar... amin ~!

sebabkan hari ni birthday Puan Mak, aku admit beliau lebih cute!
selamat malam everybody... next entri aku nak cerita pasal aku kena saman pulak. stay tuned.

sebelum aku lupe, aku nak cakap yang Ncik Ayah memang sastera orangnye ~ boleh bace entri ni kot perumpamaan skema

ok. chow all ~!

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.