Pengikut (Blogspot)

Rabu, 20 April 2011

gerakan badan

hello semua...

last week, dalam hari sabtu. aku malas nak balik rumah Puan Mak, lagipun ade report IBS yang aku kene settle sebab ahad-nya Ncik Bos nak bergegas jumpa dengan Tuan-Tuan Askar. 

hidup memang sangat bosan; ape aku nak buat malam ni kan? gang rumah sewa ade je... tapi aku yang gedik nak jugak keluar sengsorang. nak ajak Encik L dating, jauh sekali; jangan buat kelam kabut kan?? Tanjung Karang tu bukannye 20 minit dari Selayang...

ajak jugak Cik Paripari Cumel hang out; memula ajak keluar petang tapi aku pulak yang tetido atas sofa milik ofis aku, lena jugakla sejam dua... so; bile dah tengah senja terbangun takkan nak ajak member keluar malam lak kan? ape pulak kate parents beliau nanti. so, plan automatically cancelled!

emm, otak aku mase tu ligat lagi berfikir. ape nak buat ni. jalan sorang-sorang pun best jugak kan kan kan? ape lagi, ferari aku yang aku anggap sebagai teman baik tu pun macam lancar bersama aku menyusuri fly-over berbukit kat area Selayang Pandang dan ramp to the left menuju ke Jaya Jusco Kepong. 

memang Jaya Jusco Kepong ni dah ibarat macam Jaya Jusco Taman Universiti kat Skudai nun bagi aku. boleh kata kampung aku dah. aku tak kesahla orang nak kata Jaya Jusco mahal; tapi aku rase macam kedai-kedai kat area situ bijak dan berkualiti. tu la aku suke sangat Jaya Jusco. alasan sungguh tak munasabah kan?

motif pegi hari ni just nak masuk Kedai Buku Popular dan carik bahan bacaan sikit. bagi ringan-ringankan otak yang dah tepu dengan keje. lepas je park ferari bebetul depan mesin bayar; aku mulakan langkah aku kedek-kedek menuruni eskalator.

eskalator bergerak dengan pusingan sewajarnya; ngam-ngam kelajuan kaki digerakkan dengan kelajuan mata meneliti spot-spot sell yang ade pada tingkat yang terpilih. yang menarik perhatian aku mase tu; longgokan buku-buku yang tulis; sell rebate 20%. mood gelinjat aku tiba. 

dah meneliti satu dua macam buku-buku terpakai dan buku-buku problem solving kat situ; aku decide nak beli Buku Sudoku; best jugak buat Menarik Minda kalau tengah thensen! menarik la sangat minda. wahahaha. 

lepas menghabiskan pusingan ke seluruh pelosok first floor Jaya Jusco dan berjaya mendapat sebuah bag tangan murah, aku terus keluar ke pintu utama Jaya Jusco menuju ke Kedai Buku Popular. emm; best jugak rupa-rupanya merayau sengsorang. bebas nak buat ape saje dan cash money pun boleh flow out macam air yang dikeluarkan pada paip yang dipulas sampai habis. yeay ~ memang puas giler perasaan perempuan aku, dapat layani nafsu beli belah sepenuhnya.

aku masuk dalam Kedai Buku Popular yang letak betul-betul sebelah tempat game yang ade jual Roti Boy tu. mase tu, segenap manusia memenuhi a.k.a tengah ramai, bebudak sekolah terutamenye. nak beli buku latihan konon. lepas tu latihan tatabahasa pulak tu. boleh habis ke buat buku latihan tu?? macam aku tak penah sekolah dulu kan? hahahaha. 

tu la masalahnye bile jalan sengsorang; semangat ingin tahu dan mengambil pusing hal persekitaran tinggi a.k.a sifat menyibuk semakin meruncing dalam diri. sedang ligat otak aku berfikir nak beli bahan bacaan ape yang sesuai untuk this month; hidung aku turut menjalankan tugasnye menyedut segala bau pahit-pahit kopi yang datang dari gerai Roti Boy. otak aku pun ligat memproses bau tersebut dan hampir berjaya membuatkan air liur aku hilang sifat malunya dan dirembes keluar. rase cilake! 

otak aku memproses lagi dan seperti bermonolog 'Mastura, kau bukan makan nasik lemak je ke pagi tadi?' ape lagi, perut pun menyebarkan rasa marah dan puas hati dan memprotes dengan bunyi kriuk kriuk memberitahu untuk dapatkan penangan Roti Boy sekeping dua. kepala jugak main peranan nak hyperbola bergoyang-goyangkan diri sehingga aku menyatakan aku sedang pening dan membuat kesimpulan yang otak sudah tak mampu bekerja lagi.

bijak sungguh sistem badan ciptaan Yang Maha Esa beroperasi. ape lagi, kaki pun mainkan peranannye sebagai kereta untuk sampai ke destinasi yang diingini oleh pihak hidung tadi. akhirnya mulut berkata-kata 'Auntie, bagi saya dua keping' sambil tangan pantas mengeluarkan dompet dari bag dan menghulurkan note hijau kepada Auntie tersebut. sesaat lepas tu, plastik roti boy pun bertukar tangan. 

hati time tu nak gembira, otak pulak dah lupe tugas sementara. hati dengan senyum menggerakkan mulut untuk berkata pada Auntie 'saye dari pagi tak makan ni Auntie'. Auntie pulak bahasa basi dengan customer, padahal malas nak layan pun 'kalau lapar sekarang makan la' 

eeemph ~! nafsu makan pun dapat score A la bile tangan terus je masuk dalam plastik lepas tu bawah Roti Boy masuk dalam mulut. mase tu mesti punggung marah sebab tak dapat nak berehat waktu mulut buat keje. 

bile sudah hampir 3/4 kapasiti roti dilumatkan oleh tentera gigi dan dialirkan ke dalam tekak turun ke perut untuk diproses; aku rase aku dah mampu berfikir seperti genius. (ok, ni statement gelabah la kan....)

aku terus carik buku yang aku nak. dalam pemerhatian aku kat Kedai Buku Popular, Sutera Bidadari belom ade lagi. aku terus ke tempat buku yang ade diskaun. setelah sejam meneliti, menilik dan menimbangtara aspek kewangan, aku pilih dua buku sebagai sogokan mata dan hati aku bulan ni. 

buku yang menarik minat aku; 566 Hari Mencari Cinta by Ilya Abdullah dan Act Like A Woman, Think Like A Man by Steve Harvey. 

novel tu aku dah habis bace but another one which is love motivation book tu aku belom habis kaji lagi. 

ok la, actually entri ni nak tulis pasal motivation book tu, tapi otak aku terlebih metafora lak. keluar la ayat yang bukan-bukan seperti di atas. 

see soon for the next entry. sape-sape yang suke buku; next week jom reramai serang PWTC, ade Pesta Buku 2011. super gelinjat nak jumpe Ramlee Awang Murshid ni; kalau dapat la kan. chow dulu. 

Paripari Cumel~! jom ke sana!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.