Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 12 Mac 2011

buku bahagia

hello semua...

hari ni bangun awal untuk membebel sejam dua dengan Encik L. maybe ade rase bahagia sedikit dalam hati. kadang-kadang bile fikir balik harta ni bukan menjamin kebahagiaan pun. tapi kenape aku masih mencarinya??

bile hati ni sunyi, duit hanya mampu sogokkan keinginan untuk berbelanje banyak. sedangkan lepas tu sunyi tu datang balik, bile kau dah habis harta nak dibelanje kan? kan?

kadang-kadang jadi orang yang sangat realistik macam aku ni pun pening jugak. semua nak rase logik aje, tapi bab-bab cinte aku kalah beb. kalah mati. kalo main gasing memang dah kire silang pangkah macam tu.

bahagia ni maksudnye macam mane? aku kan kaki buku sikit. ade satu buku aku beli, di saat Puan Mak dan Ncik Ayah tak dapat nak terime Encik L; Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia by Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.

bagi aku buku ni biase je la... motivasi die ade la dekat certain-certain muka surat yang menyentuh jiwa. yang lain semua macam biase jer... tapi penulis ni agak macam kreatif sebab samekan wanita ni dengan bunga macam mawar dan melati. mungkin dua jenis bunga ni ade simbolik pride tersendiri yang sesuai untuk wanita. kan kan kan.

selain tu jugak, wanita beharga ni penulis gambarkan sebagai emas, kalung, permata, mutiara, berlian, intan, yaqut, nilam, cincin, zamrud dan manikam. yang memang merupakan harta kekayaan yang diidami oleh manusia dalam dunia ni. simbolik jugak jika wanita ibarat macam penulis sampaikan kat sini, maknenye wanita jenis ini akan menjadi idaman dan mencapai tahap kebahagiaan maksimas. tu je la yang aku boleh promote pasal buku ni.

dengan bace buku ni jugak, kite dapat kenal wanita-wanita agung sebab ketaatan pada Allah SWT, bijaksana dalam menguruskan kehidupan serta mentaati suami pada haknya. banyak jugak doa-doa untuk wanita yang sesuai diamalkan untuk mengharungi dugaan hidup dengan tabah.

ape lagi eh? walaupun aku tak suke gaya bahasa dalam buku ni. tapi buku ni memang membantu menaikkan semangat aku ketika lost. macam a piece of word yang kadang-kadang berguna pada waktu aku down gilez babeng!

ok la, sebelum aku lebih mengarut pada cerite yang tak perlu. ape kate aku stop menulis dan mule berfikir macam mane nak settle paper work yang banyak untuk Ncik Bos.

last, aku petik kata-kata dari buku ni sebagai bekalan aku hari ni:

Bukan emas pertama yang mencantikkan anda, melainkan yang mempercantikkan anda adalah akhlak anda dan kekayaan anda adalah etika anda. 


ni lah natijah OT hari Sabtu. sekian. chow kengkawan!


4 ulasan:

  1. ada jugak buku Bahagia yek...

    BalasPadam
  2. buku je bahagia, orang tak... huhuhu~

    BalasPadam
  3. cik rapunzel..cuba baca buku tentang cinta..karya pahrol mohd juoi..tu pun bagus gak..bcerita tentang cinta n erti cinta sebenar..kalo rajin leh g blog beliau..genta rasa..

    BalasPadam
  4. ooo, cerite motivasi macam tu jugak ke? ok, nnti drop by kalau ade mase... hehe~

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.