Pengikut (Blogspot)

Rabu, 16 Mac 2011

24th birthday

helloo semua, selamat petang

sepatutnye, entri hari ni aku tulis semalam. semuanye bertemakan birthday aku yang ke-24 tahun. tue tak tue aku?? 

semalam macam hari super busy, dari pagi sampai malam on the road! tak sempat langsung nak semak comment, nak tulis status apetah lagi la nak menuai dan memasak dalam facebook. aduh~~!

tapi perkara yang sangat sedih semalam, ade orang nak sambut birthday aku tapi aku tak dapat datang. thanks sangat kat gang rumah sewa. rase sangat-sangat bersalah. kalau aku tau, tak payah pegi interview kan? senang. 

macam ni cerite die; lepas je balik dari site Rawang, aku terus hidupkan enjin ferrari pulak ke Bangi sebab ade interview. first time kot interview sampai lambat. lepas tu, terus balik rumah Puan Emak dan Encik L bising tak bagi aku balik Selayang sebab dah lewat malam. betul la tu, Puan Mak dengan Ncik Ayah pun sarankan benda yang sama jugak. yelah, anak dara nak drive sengsorang balik memalam. bahaya kan?

bile aku in-call dengan Cik Shida, beliau cakap diorang beli kek untuk Kak Hawa lepas tu, tulis name aku sekali. touching kan? memang touching gler kot. nak nanges aku dengar bile ngah makan ayam penyet same-same dengan Puan Kak Ngah dan Ncik Abang Wan semalam. smpai nak nanges.

sudah dipotong! sedih la saye~


bile smpai rumah mak, aku sempat raikan birthday aku dengan tengok satu filem tamil (kulir 100 degree). hak hak hak macam hampeh. tapi ni la hakikat pun, macam mane aku berehat semalam. kalau tak; working 24 7. cerite ni ok la, kalau sementara nak tunggu mata mengantok dan masuk tidur tu jer... macam nak buat cerita ala-ala Japanese; kisah remaja dalam satu sekolah la macam cerita Hana Yori Dango lebih kurang. 

Style filem tamil skang!

tu pun aku tak layan habis semalam, bye lah Thinggathirai aku dah sangat ngantok, sambil tinggalkan Puan Mak dan Ncik Ayah yang sedang syok layan filem ni... adeyh ~! tak paham la taste orang tua sekarang

bile melabuhkan badan ke katil, aku mule mendail nombor Encik L; saje la kan nak bermanje-manje, mengadu nasib dan bla bla bla tapi tak pasal-pasal pulak aku kene marah dan dipersalahkan. konon-kononnye aku salahkan beliau yang tak bagi aku balik Selayang untuk sambut birthday dengan gang rumah sewa. bukan tu maksud aku. aku cakap aku sedih jer... 

sedih dengan bengang mule lah menguasai diri aku. nak je keluakan ayat macam ni; oit, aku ni perempuan kire baekla tak mintak macam-macam waktu birthday aku tau! jangan nak kata sambut, nak call 10 minit pun kengkonon takde mase. aku takde la marah sangat beliau tak together sambut birthday aku, sebab aku pun sibuk 24 jam. no point to blame him. aku just mengadu yang this birthday is very un-happy moment je, can you take it as a story and not an issue??

agaknye macam ni ke sambutan birthday bagi orang dewasa... macam sungguh tak best jer, wish to be children forever; orang selalu sayang kan kan kan? 

mule la aku bengang, tido dengan air mata aku. tak senonoh kot. tapi ape kan daya, hati perempuan sedang mood turun-naik. paham-paham je la... tapi cube la paham. kan kan kan? bukannye aku mintak ferari sebijik park kat umah aku malam ni jugak. tu aje.  

sampai hari ni aku rase regret one thing, tak makan laksa mak beli semalam sebab dah makan ayam penyet. should i go back to Bangi today??

maybe lepas ni boleh cerite wishlist aku tahun ni yer... tak fikir pulak lagi... wahahaha.

chow. nak g pekena mamak jap~~!

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.