Pengikut (Blogspot)

Ahad, 27 Februari 2011

tiru Puan Kak Ngah

helloo semua....

ahad yang membosankan. memang bosan. bosan memang. aih ~ hidup kekeparatan sekarang ni mematahkan kaki untuk ke mana-mana. tapi ni la lumrah hidup eh? takkan nak bersenang sepanjang masa. 

hari ni hari melatih diri menjadi cantik. hak hak hak. sebenarnye dalam dua minggu lepas kot, aku try produk Tia Amelia. aku tiru Puan Kak Ngah sebenarnye, sesejak beliau pakai produk ni, kulit beliau nampak mulus la... 

so, disebabkan sedarah dan sedaging, aku try la. mungkin berkesan kat aku jugak kan. dikesempatan yang ada ni, aku terus order produk ni daripada Adik Manje...

gang rumah sewa dah mule lali dengan ayat yang aku dok keluarkan setiap hari. lebih kurang macam ni 'Kak Hawa, Mas dah putih tak hari ni?' 

mereke semua ambil langkah tak beterus terang sebab takot ade pulak yang kene beli lingerie baru nanti. ha ha ha. 

dalam dua hari lepas, mase aku up-date story dengan Cik Hawa dalam bilik yang indah. mase tu dah malam, baru je lepas mandi. ape lagi aku tepekkan la Krim Pemutih dengan Krim Kunyit yang jadi set malam untuk produk ni. 

sedang aku tepek tu, aku tanye la... 'Hawa putih tak muka aku?' 

Cik Hawa macam biase, keluarkan sound 'Iyek.....!' dan beberapa minit lepas tu, terkeluarnye statement 'tapi Mas, muka kau memang ade perubahan la...'

statement yang membuatkan gejolak hati berkata hak hak hak. lalu aku mengambil si Pinky C3 dan mendail nombor Encik L, setelah salam aku jawab, terus je aku gtau... 'Abang, Hawa cakap orang dah putih!' 

Cik Hawa dengan suara belakang yang tak puas hati cakap, 'Mane ade, aku cakap ade perubahan la!' 

seisi membangga diri dengan Encik L berlarutan sehingga aku puas hati... sekian. 

Bile nak letak muka baru, card reader hilang! seyh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.