Pengikut (Blogspot)

Rabu, 23 Februari 2011

si pembetul mesin

hello semua, 

entri nombor dua untuk hari ni. sementara menunggu Adik Manje dan Adik Jannah menghantar gambar kilang IBS, aku rase masih sempat jugak aku nak cerite pasal ape yang aku buat last weekand. 

emm hari ni kalau ikotkan dah masuk hari Rabu, dah tiga hari meninggalkan hari-hari minggu yang indah. cheh~!

last weekand jugak aku ade spend masa dengan Cik Fariza dan Cik Waniey. Cik Waniey balik KL sebab ade kursus kat HQ. aku dengan Cik Fariza memang tinggal KL... ape masalahnye?? an an??

citer nye adelah gathering sikit kat rumah Cik Fariza. duduk sembang-sembang sambil makan rojak dengan cendol... perrgh~! memang rase terbaik sambil layan cerite Adnan Sempit The Series kat Astro Prima nun...

lepas je dari tu, Cik Waniey terpaksa balik sebab family matter, tinggal lah aku dan Cik Fariza termangu-mangu tak tau nak buat ape... Cik Fariza dah terasa-rasa keinginan nak tengok wayang. aku ni malas sebenarnye, tapi disebabkan Cik Fariza yang degil ini... aku layankan jer....

ayat pujukan Cik Fariza yang biase didengari, alah aku dah lame nak tengok cerite ni tapi tak dapat. kalau ko tak ikot aku pun, aku macam sanggup tengok sorang-sorang. 

tolong jangan percaya, itu cume kata-kata ambil pujuk belas kasihan semata-mata. memule kitorang decide nak pegi Wangsa Walk tapi macam jauh. at last, kitorang pegi lepak Galaxy Ampang beb~!

Cik Fariza bagi tau, shopping complex ni hidup sebab ade MBO jer... kalau tak mesti dah lame bungkus. ni lah penerangan penduduk setempat yang penting kalau ade interview pasal Galaxy Ampang satu hari nanti. hak hak hak. 

Cerita Anganan Cik Fariza

hajat Cik Fariza tak kesampaian bile cerite di atas start tayang pukul 0630 petang. maaf la Cik Kakak, tak terdaye hati ini nak menunggu... 

Victory Needs Preparation
finally, Cik Fariza sendiri men-decision kan untuk kami ni tengok cerite The Mechanic, macam poster kat atas tuh.

cerite ni boleh la tahan tak bestnyer dan mengantokkan sehingga scene action tu sampai iaitu lebih kurang satu jam sebelum habis cerite. antara cerite action yang tak payah tengok wayang pun tape~~~! 

malas nak review cerite, kalau korang banyak duit, sile lah tengok cerite ni sebab dalam bosan-bosan tahap babun ni jugak ade terselit gaya-gaya membunuh yang memang SMART dan terbaik dari ladang Farmville aku la kawan~!

mase die sibuk dok bebel tu, Cik Fariza tanya aku, 'Pukul berapa kau bangun tadi, Mas?'

aku reply dengan gaya mengantok dan menguap tak henti-henti, 'pukul 0730 pagi, ingat nak balik selayang awal...'

Cik Fariza menunjukkan muka simpati, lepas tu, tepuk-tepuk bahu aku suruh aku tidur. selepas sahaje adegan kami beromantika itu, tibe-tibe Ncik Second Hero dalam cerite ni mempamerkan adegan membunuh Gay dengan menyepak dengan kuat dan darah meleleh-leleh...

eeei ~ potong line cerite ni, hilang ngantok aku mase tu... terus hayati cerite sampai habis. 

tapi sekarang aku mengantuk. menjelang aku print report ni nanti... lepas tu balek la tidurkan diri... chow

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.