Pengikut (Blogspot)

Selasa, 8 Februari 2011

pujukan pada hati

malam yang hampir ke tengah...
mata pula tak mahu kalah...
terus berjaga meneman otak memerah masalah...

kadang-kala, otak ku dikawal hati
hatiku penuh dengan nafsu benci
benci pada kesedihan, sedang hati ingin kebahagian 

hati ni, jelak dengan rasa keseorangan
dan berkeinginan berteman sepanjang zaman...

sedang hati merintih dan mengharap...
tiada siapa jadi pendamping jiwa lara
pembimbing celaru akal prasangka...

wahai hatiku, berhenti berharap 
supaya akalmu berhenti mencongak keputusan 
dan matamu boleh berehat sepanjang malam...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.