Pengikut (Blogspot)

Khamis, 17 Februari 2011

ikut kata-kata Jilian

hello semua, selamat malam...

definasi weekand yang indah bagi korang macam mane? bagi aku, weekand tu akan jadi sangat indah bila: 

(1) bebas dari tekanan kerja. kadang-kadang weekand pun nak datang keje, memang masak la kan?? ~ aku selalu je macam ni...

(2) rase diri tenang dan rilek... ni memang betul-betul indah buat aku... kalau aku dapat rasekan angin sepoi-sepoi bahasa sambil makan ais krim tepi pantai menunggu mentari menyelinap masuk ke garisan horizon dan memperhati bulan purnama di celah-celah pokok rimba... macam banyak sangat mase je bunyi nye kan??

(3) aku bebas nak buat ape-ape aktiviti yang aku suke tanpe melibatkan ape-ape perkara yang perlu fikir. 

(4) shopping macam duit dalam akaun lagi 600 tahun baru nampak luak... peergh~!

teringat pulak last weekand yang macam santai-santai untuk aku. aku minggu lepas memang habiskan mase dengan adik praktikal dan Cik Fariza. memang weekand yang untuk enjoy... aku appreciate the moment. bukan senang nak dapat weyh ~!

pagi ahad tu pagi hening, suhu penyaman udara milik bilik Cik Fariza memang mendamaikan. selepas menunaikan tanggungjawab pada yang Maha Esa, kitorang berdua amek keputusan muktamad! nak tido balik... huhuk. 

dalam jam 1000 pagi, cahaya mentari dah mula mengintai di celah-celah bidai plastik yang terletak dihadapan tempat tidur kami. sebagai insan yang peka pada keadaan sekeliling, aku terjaga. **dah pukul 1000 pagi, agak-agak la kalau tak terjaga pun kan??

aku terus duduk dan mengadap pc gabak milik Cik Fariza, yang dimiliki sesejak zaman final year kat UTM lagi... terus je gerak hati nak pick-up masakan dalam Cafe' World.... 

sedar je Cik Fariza dari lena yang suam suam panjangnye, terus je soklan yang terpacul ke mulut dari akal yang mamai... "Mas, kau tak lapar ke?"

tanpa perlu ade sedetik waktu untuk berfikir pun, aku terus je jawab... "lapar lapar lapar"

Cik Fariza :ko nak makan ape hari ni??

Aku : ntah, makan mcD kot.... tapi makan mcD tak kenyang...

Cik Fariza : bukan tak kenyang, cube cakap tak sihat... ni kalau Jilian dengar ni, dah jerit-jerit kat telinga kau tau tak??

Aku : pengaruh Jilian sungguh la ko ni... adeyh ~!

Sape nak kurus cepat-cepat?
Pegi mintak penampar Jilian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.