Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 26 Februari 2011

cinta terlarang

helloo semua...

salam sabtu! cukup sibuk punye sabtu dan aku boleh lah amek keputusan nak ignorekan semua dan decide nak santai-santai. lupekan hasrat untuk balik rumah mak malam ni. lupekan jugak hasrat untuk bekerja malam ni. i just need a little rest.

aku nak sambung tulis cerite cinta aku... hahaha, baru puas hati aku?? well ~ cinta tahun baru ni macam bergerak dengan cepat. sekejap je dah mengaku cinta dan kadang-kadang membina impian bersama. i dunno, aku memang sangat selese dengan beliau. mungkin cara beliau membeli perasaan kan? 

cinta tahun baru ni sebenarnye cinta terlarang jugak. semua ahli keluarga altogether tak berapa berkenan dengan performance Encik L bile first time berjumpe. mungkin ni ade kene mengene dengan salah Encik L jugak. beliau ni suke terburu-buru dalam buat keputusan. bile aku cakap tak payah, mule nak tarik muke merajuk dengan aku. so, dengan keadaan paksa rela aku setuju dengan niat degil beliau nak tunjuk muka masa kenduri kahwin Puan Kak Ngah.

everything not going right. semuanye ade yang tak kene, bile beliau mula salam. terlupe nak salam Ncik Ayah dan smoking di hadapan keluarga aku yang kebanyakannye tak. Ncik Ayah mula cakap yang beliau ni boleh kata nak tipu aku. Puan Nenek pun geleng kepala dengan semua ni. Puan Mak dan Puan Kak Long pun macam tak berkenan dan aku tak tau kenape semua orang cepat against ini Encik L.

aku?? aku sebenarnye keliru. aku tak tau kenape semua orang macam against secara tibe-tibe. mungkin kata mereka semua betul. ape yang aku boleh dapat dari seorang tukang pasang khemah yang kadang-kadang panas baran? macam mane aku ingin membina sebuah keluarga bile macam ni...?

otak aku tetap menyatakan ape yang aku buat ni salah dan hati aku tetap meronta nak menjadikan bende ini sangat betul.

tapi, aku manusia biase. aku tak mampu meramal masa depan. satu yang aku pinta selalu kepada Yang Maha Mendengar dan Mengetahui

Jika ini merupakan jodohku, jika aku adalah sebahagian dari tulang rusuknya, maka jadikanlah ia dekat denganku. dan jika yang datang ini hanyalah jodoh kerana syaitan, maka jauhkan ia dari aku dengan kadar yang segera dan terbaik. amin.
chow dulu. mungkin ade entri yang bermakne lepas ni... 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.