Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 3 September 2010

buntu sekejap....

salam semua. selamat tengah hari. 

hari ni hari jumaat, penghulu segala hari. mase on the way g kerja tadi, hot fm kuasa tiga perdengarkan lagu nasyid. alhamdulillah ~ tenang rase memandu... tibe-tibe ke? hahaha

hari ni macam biase jugak, semua pun biase bagi aku sekarang... hari kena pergi meeting dengan developer, cerita pasal kebocoran atap yang makin meruncing pulak masalahnye. so far, memang sebab masalah coating yang sedikit serta masalah kecuaian perkerja sendiri. dan truly solution belum berjumpe lagi... yelah pasal tak tau tang mane nak betul dan repair lagi... tapi seb baek lah bende ni jadi bile rumah belom siap. kalau rumah dah siap... bukan ke mati kena marah dengan orang ramai... aduhai la labu.... 

semakin hari aku semakin runsing dengan masalah pejabat. aceh~ ayat macam menggelabah pulak. sebab benda yang abstrak or benda yang manusia dirigidkan or dipraktikalkan.... macam peningkan ayat aku? macam ni la, ape bende yang buat kat site, supposedly ade measurement yang nak kena tulis. sebagai bukti orang buat kerja. 

dan kalau buat claim kan? tu mengikut atas budi bicara kau, nak menceritekan ape, nak tulis ape, nak bagi berape. bukan masalah ko tak reti matematik dan bukan masalah ko lemah subjek design mase zaman dulu-dulu. tapi ni adelah masalah etika yang ko kena pegang dan siape yang patut ko dulukan? mane yang lebih penting. bos atau orang buat kerja. adekah keputusan yang kau bagi tu akan bagi aniaya pade orang lain. macam berfikir panjang pulak aku. ke aku yang terlampau berfikir? orang lain rilek jer...? 

ape-ape pun, tanggungjawab tu tetap tanggungjawab. ape yang aku boleh buat ialah berurusan dengan cara yang terbaek bgi aku pada masa tu. sebelum tanda tangan sepatutnye semak dan fahami isi kandungan, supaya lepas dari makhkamah dunia dan timbangan akhirat. amin 

aku agak batak dengan pembaris skala ni tadi. bijak-bijak... hehe
chow dulu. perut kriok-kriok...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.