Pengikut (Blogspot)

Rabu, 29 September 2010

keturunan


Hello semua,

Hidup mereka!
Entri lagi, untuk hari ni… Betol-betol aku tangkap rindu same blog ni. Rase nak tulis 10 entri sekali gus… Macam terbaeek ~!! Aku macam biase menulis di saat aku ade dalam kabin bodoh. Balik rumah baru aku paste dan publish dalam blog. Dari dok melangok. Baek aku kerjakan sumthing. Nanti tetidoo pulak. Reezan g check longkang kat STP nun ~ aku malas nak ikoot. Boleh?

Suhu hari ni sampai pukul 1000pagi adelah dalam 28 darjah celcius. Memang tak panas dan tak redup. Ok jer suhu… Mata aku dah kuyu… Aku rasa diri aku tak sihat. Pening kepala, usler di sekian lelangit memang menyakitkan… Kajang punye ubat ulser aku belikan… Bile aku sendiri kene, rase malas lak. Biarkan elok sendiri.

Makanan yang aku nak makan pun terpakse bertapis. Semalam aku g tibai nugget goreng. Pergh ~ rase sakit die tak payah nak madah-madah dah. Memang saaakiit amaaat giler….! Tapi aku tenang, dan nugget aku cmpak ke dalam tong sampah… Puas hati??

Aku baru je balik dari g kedai dengan adik wireman nieh, syok jugak bile dah ade member nieh… Leh bawak jenjalan… Cerite bende-bende biase dengan si adik nieh, si Arman [Broken Head] dah jumpe awek baru dekat fb. Cheh ~ patut la dah busy sekarang…. Perkembangan yang baik-baik je workers aku ni. Hehehe . Aku? Macam biase jer… Still searching, cari siape Mr Right untuk aku. Ok, jangan tensen-tensen. Lain orang, lain care cari bahagie eh?

Aku nak cerite pasal keturunan. Penting ke semua tu eh? Ape ade dengan keturunan? Aku admit yang entry ni agak menyinggung mane-mane pihak. Aku hope orang yang bace entry ni berfikiran terbuka. Sebab aku fikir cara macam ni tak tau la betol ke salah. Yang aku tau, kadang-kadang aku rase tak selese. Isu ni selalu berbangkit kat site.

Ok, aku mulekan cerite dengan hari pertama aku masuk site. Aku jumpe dengan crane operator. Name Din. Memang beliau berpangkat pakcik. Tapi gatal nak mampus. Sorry, ni hakikiat. Suke lah nak msg aku bende bukan-bukan. Just aku je wat tak tau. Kaloo aku gedik bgi respond sure bende-bende ni berpanjangan. Elok gak kadang-kadang jadi manusia yang tak berperasaan macam aku ni. Hakhakhak. Aku bukan nak cter bende ni kan?

Keturunan. Sape yang tak tau, dalam badan aku memang mengalir darah keturunan Kampar yang berasal dari Indonesia. Suku Kampar ni lebih kurang macam suku Minang lah ~ adik beradik. Zaman atok aku lagi, beliau dah berhijrah ke Malaysia. Yang mane, dah duduk kat Malaysia before merdeka yang automatik dapat taraf warganegara bile Persekutuan Tanah Melayu terbentuk. Sejarah dulu-dulu yang sengaje aku ungkap. Bagi semua paham keadaan aku. Aku ade saudara mara kat sane, dan still keep in touch. Maklum lah ~ baru tiga generasi kan?

Bile sampai kat site, aku tercakap dengan si Din yang ayah aku asal dari sane. Pergh ~ ayat pancing untuk kamcing dengan indonesian. Minggu pertama adelah hari-hari paling sukar untuk aku jage site. Sume dok pandang serong kat aku sebab aku PEREMPUAN. Ni hakikat sebenar. Semua dok condemn aku memacam dan setiap kali aku lalu mesti ade pandangan sinis yang menjelekkan tu. Aku ingat lagi.

Sebagai salah satu cara, aku nak buat orang semua suka aku ialah membocorkan identiti sebenar.  Ni semua sebab terpengaruh dengan buku online tajuk The Project, How to analyze people on sight  by Linclon and Paine Banedict. Buat review sikit, buku ni macam kategorikan manusian ikot kelas-kelas yang tertentu dan predict sifat. Mean, dari bentuk fizikal diemosikan. Lebih kurang begitu. Kata-kata dalam buku ni, yang menarik minat aku ialah, ADAPT OR DIE. Kalau keterangan bahasanye, aku translate ala kadar cakap. Lari dari keadaan or masalah bukan cara terbaik untuk manusia. So, antara kita adapt dengan situasi atau kita akan mati. Tu je pilihan yang ada. Dan aku dah pilih untuk ADAPT.

Bile aku dah membocorkan identiti sebenar. Pakcik Din dah sebarkan ke seluruh kongsikong. Ape lagi… Bile aku lalu tengok diorang buat keje, semua jadi ramah tamah dengan aku. Sioot jer… Masing-masing mule share keadaan diri, kampung, masalah, keluarga, mintak tolong belikan barang, ringan tulang dan mendengar kata-kata aku. Ni memang kelebihan yang aku rase. Sebab memang senang, kalau kite dalam satu organisasi yang kite dah kenal dan ade sikit unsur peribadi orang tu kite tau. Buat modal nak borak gitu…

Hari-hari yang mendatang aku rasekan yang masalah aku sebelum ni settle. Aku dapat tau name indonesian semua. Kalau sebelom ni, residence engineer aku dok panggil Wak. Sekarang aku boleh je gtau name-name diorang. Kan memudahkan kerja dan menyenangkan hati semua…

Tapi ape bende yang jadi pun, mesti datang dengan masalah dan dugaan kan? Macam tadi, baru je terjadi. Disebabka aku ni konon bersaudara dengan diorang [memang saudara semuslim], diorang fikir ape yang diorang nak… Diorang boleh dapat. Pegi mintak kat aku berkali-kali, walau jawapannye memang tiade… Tensen kan? Diorang ingat ni company aku ke ape?? Nak barang kalau boleh semua nak ade sekali gus. Die ingat ni order ape? Order pizza hut 15 minit dan sampai. Memang menyesakkan.

Disebabkan aku kengkonon ade link dengan diorang, diorang suke nak amek kesempatan kadang-kadang. Bende-bende simple pun nak suruh aku beli. Dan aku kadang-kadang salah aku jugak, sebab selalu lupe. Bukan lupe sebab abaikan tapi sebab aku balik rumah, macam-macam bende dalam fikiran sampai lupe. Bile smpai site, sure kene dengar rengek yang macam-macam. Sampai at last, aku kena buat muke menyampah. Baru diorang stop.

Ade lagi satu bende, ade sorang ni sibuk nak complaint pasal malaysia dengan aku. Ni memang isu sensitif. Tapi aku jenis orang yang cool. Bukan aku tak marah diorang yang cakap bende-bende yang tak masuk akal dan kadang-kadang ridiculous tentang negara kite ni. Tapi negara diorang macam bagus. Bile dengar complaint yang bagai-bagai baru aku tau, dengan hanya kritik, memang kite tak mampu nak berjaye… 
Acheh ~

Ape lagi ha, aku macam dah lupe pulak… Ha, ingat dah ~ yang paling aku kene trime azab, tiap kali ade kongsikong dengan subcon baru yang asal dari indonesia, for sure dah tersebar crite yang aku ni ade keturunan dari indonesia dan bla3. Dan setiap kali itulah, aku ni kene rewind balik kisah ayah aku, atook aku dan tempat tinggal aku kat sanee…. Arrgh ~ they make me sick~!

Ade pro and con kalau kite cerite bab keturunan ni. Ade orang lain kot yang alami situasi yang same  macam aku… Ape-ape hal pun, aku bekerja nak amalkan prinsip profesional. Tak kire bangsa dan keturunan. Selagi orang tu amal prinsip kerja yang betol dan beretika aku layan jer… Aku doa kat diri sendiri, aku just nak bekerja dengan niat nak jage orang ramai punye hak dan kehendak. Amin. Chow.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.