Pengikut (Blogspot)

Isnin, 13 September 2010

insaf lima minit

heloo semua, selamat pagi...

salam syawal yang keempat. aku tau mesti ramai yang cuti lagi kan? yela, bile lagi nak spend time dengan kawan-kawan ngan family seanteroo yang dah berabad lame tak jumpe kan... aku pun cuti hari ni... rase puas hati lak keluarkan statement ni... semalam macam berbelah bagi nak cuti. hari ni rase kepala aku berat sangat. at last talipon ofis besar cakap aku cuti hari ni. settle. 

planning hari ni nak beraye umah kawan sekolah menengah dolu-dolu kat kkb. tapi si sengal nieh, aku msg pending la pulak... die cakap nak roger-roger. mak aku lak dah wat tenungan sebab aku tak tolong langsung kat dapur dengan alasan pening kepala.... duduk mengadap lappy tulis blog ok la pulak??? aih ~ mastura ini.... 

semalam macam melankolik day untuk aku... wah ~ melankolik, ni credited tu Mr Salleh, kongsikong tempat aku kerja... suke gune bahasa sastera mastra dengan aku... ingat aku ni aweks ke ape?? huhu. ok, abaikan... 

semalam ni ha ~ aku g melawat orang sakit kat pahang. pakcik aku masuk spital adelah 2 3 hari before raye sebab paru-paru berair... sedih jer tengok keadaan orang tua yang dah 70-an terlantar kat hospital tau... memang keinsafan betol... aku pun hmpir menitiskan air mata [tapi tak titis lagi, hehe] bile tengok badan orang dah kurus, nmpak tulang rusuk dan mengah bile bernafas. kan ade masalah peparu... maybe sebab tu aku takleh nak jadi doktor kowt ~ ahahahaha, alasan semata!

sakit peparu ni macam familiar dengan family aku. memang kebanyakan dari family aku mengidap sakit yang melibatkan peparu. macam arwah angah dulu, kanser peparu stage four, baru dapat detect. dah lame jalan dah, masuk alam barzah... 

atok aku sebelah mak pulak, pernah jugak dapat peparu berair... tapi sekarang dah makin ok. mase atok aku kena tuh, busu aku sempat drop by dekat klinik berdekatan. bile oksigen tak leh nak masuk dalam peparu. akhirnye ape?? manusia akan mati la kan ~ emm simple. tapi mengerikan. tu lah salah satu kekuasaan tuhan, yang tunjukkan ajal dan maut memang kat tangan Dia. 

mase gak dengan case pakcik aku ni, nasib baek anak-anak beliau sempat bawak ke spital that day, mase checking dengan nurse kandungan oksigen dalam badan dah memang takde. kalau lambat pump in oksigen. jawapannye good bye. 

condition pakcik aku semalam ok la. ok-ok orang sakit. kat bahagian peparu belah kanan dah bertebok dah because of nak keluarkan air yang berlebihan dalam peparu beliau. sakit woo ~ menurut cerite-cerite dari sedara mare semalam, kalau satu hari air yang keluar memang penuh satu tabung... macam besar dua liter la tabung tu agak-agak. dan kandungan air tu depend on cuaca. ala macam belajar sains form 3 kot... bile bernafas, oksigen disedut bersama wap air. percentage wap air yang masuk ke dalam peparu tu depend on enviroment. kaloo hujan mean, banyak lagi wap air yang disedut... 

aik ~ nak cube jadi dktor ke mastura? takde la... just nak bg info jer... mane la tau ade sedare mare korang ade yang case same. boleh share cerite... 

bile melawat orang sakit, aku rase macam pak cik tadi beruntung. anaknya ramai. siap boleh ade turn menjaga siang dan malam. tu lah hikmah perkahwinan eh?? lahirkan zuriat yang baik yang dapat menolong kite pada hari tue...

tak semena-mena hati aku tersentuh, dan aku berdoa supaya mak dan ayah aku sentiasa dalam keadaan yang baik. walaupun mak aku dah mule sakit pinggang dan ayah aku dah sakit lelah balik. aku harap mereka masih mampu menjaga diri... aku akan berusaha sehabis baek untuk bertanggungjawab atas diorang sebagaimana diorang bertanggungjawab atas aku mase kecik-kecik dulu... mintak pade tuhan tmbah kemampuan dan rezeki utk membantu orang tua aku. amin.

dari situ jugak aku terfikir, kalau aku takde pasangan. siape yang akan jage aku bile aku terlantar mase tua nanti?? aduh ~ patut la sakit kepala hari ni....

chow dulu lah, si sengal dah talipon aku suh gerak g kkb sekarang ~ yeeha!

7 ulasan:

  1. Selamat hari raya aidilfitri dari kak ijan..harap2 belum terlewat nak wish raya ni ye.hehehe

    BalasPadam
  2. aku ni pown cam ada can lah kan nak dpt peparu berair ni... pendek umur...

    BalasPadam
  3. ntah asyik sakit jek dua tiga menjak ni... tensen aku.

    BalasPadam
  4. lah ~ g la klinik check... tu pun nak kene ajar ke? hehe

    BalasPadam
  5. alamak garangnya cik site engineer kite ni... oh tidak, tidak!

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.