Pengikut (Blogspot)

Rabu, 29 September 2010

cinta tap tap

Hello semua,

Dah lame aku tak menari-narikan tarian tangan atas keyboard lappy aku yang paling aku sayang… Pergh ~ pendahuluan yang akan buat Osman Awang kecut perut… Sekarang ni, mungkin dalam minggu ni, aku akan tumpukan perhatian nak menulis blog. Tu pun kalau masa mengizinkan… Kalau tak, nak buat macam mane.

Before aku lupe, sape yang follow up entry before ni, aku ade state yang aku beraye kat hospital melawat orang sakit kan? Dengan kehendak-Nya, pakcik aku dah kembali ke rahmatullah jam 0300 petang, 28 September 2010. Moga roh arwah dicucuri limpahan rahmat dari Maha Kuasa.

Hari ni aku nak cerita pasal chenta dan keasyekan boleh?? Ni semua dari rentetan dari gathering dengan nakama last week sempena dengan konvokesyen diri sendiri. Banyak bende nak share dengan semua ni. Cume perlu sorting dan luahkan dengan cara yang terbaik bagi orang lain faham ape yang berlaku jer…

Cinta ni memang subjektif, satu dari rahmat dan pemberian Allah yang sangat ternilai kepada hamba yang bergelar manusia. Semua orang dalam dunia ni memang butuh sama cinta. Mencari, dicari, menemui, ditemui, menyukai, disukai, menyayangi, disayangi, mencintai, dicintai, mengasihi, membahagiakan, dibahagiakan… Alangkah damainye rase jiwe bile menaip ayat-ayat yang memang lumrah manusia ni. Ok, perumpamaan melampau kan!

Malaslah nak bermadah lagi, meh je straight to the point. Hari khamis lepas, dalam pukul 0900 malam, aku dengan fariza berjaya menghabiskan perjalanan selama 4 jam 30 minit ke johor baru dengan kelajuan purata 140km/j. Memang syabas untuk fariza~! Sampai je kitorang kat skudai. Perut dah keroncong dah. Teringat nasik ayam penyet…. Roger same Waniey, Miedah dan Yeppul. Masing-masing decide nak makan kat Bibik. Bukan kitorang jer ade, ade nang and bff die segale…

Bile nang dan bff dah memblakan diri awal sikit untuk g layan karook ~ kitorang berlime stay kat kedai Bibik macam tanak balik. Dulu chit chat assignment kan… Skang memasing cerite pasal tempat kerja dan bidang kerje memasing. Siap buat group lagi. Gang consultant dengan gang contractor. Memang belagak!

Miedah mule ceritekan kisah percintaan pandang pertama beliau. Mase tu, aku ngan Waniey jer amek port pasal cerite cinte miedah yang baru. Yep ngan Fariza lak, memang up-date cerite mereka lah ~ kata dah 4 bulan tak jumpe! Itu standard~~

Miedah mulekan cerite dengan ayat, 'Korang pahamkan sejak aku clash dengan ni (pkwe lame die), aku mmang dah tak selera nak tengok laki dok….' [statement buat orang leh migrain, hahaha]

Aku ngan Waniey khusyuk jer dengar, dalam hati monolog, lepas tu? Miedah macam nmpak gmbar mimik muke bertanye pun sambung cerite ni. Beliau sambung, 'Mase tu, aku g JPS nak jumpe bapak aku kena lah naek lift nak g pejabat die. Mase tunggu lift tu, ade sorang mamat ni datang. Dok tunggu lift same dengan aku la. Mase menunggu lift bersame tu,  hati aku yang kosong ni hok, tibe-tibe je ade tap tap (sambil petik jari dua kali), tengok die dan suke kat die. Bukak balik pintu hati aku. Minggu depannye tu, aku dapat masuk keje company ni, tibe-tibe aku nmpak die jadi engineer kat sini. Memang jodoh aku hak?' Macam ni la lebih kurang penerangan Miedah pasal mamat baru kesukaan beliau ini. Adeyh ~ paling tak boleh bla ayat TAP TAP smbil petik jari yang menunjukkan betapa tibe-tibenye pintu hati die terbuke nak terima lelaki semula….. Aaaadooooi minah sorang ni…

Habis je Miedah cerite cinta TAP TAP, kitorang g berpoya-poya ke Danga Bay. Karook kat Suara OK. Lime lagu kitorang tibai satu sorang. Dalam pukul 0200 pagi, kitorang check in Pulai Spring. Chit chat lagi, lepas tu tidoo. Bersedia nak g raptai esok hari ~~

Tak boleh bla dengan hati yang TAP TAP dan sekarang ni ayat TAP TAP jadi ikootan kitorang… Bile bende tu jadi secara tibe-tibe, memang akan secara TAP TAP aku rase aku lapar, dengan TAP TAP aku rase aku nak lempang Waniey [ok, ni contoh ayat  jer].

danga bay... lupekan warne kulit tu... seyh~
Miedah semoga berbahagia dan move forward dengan cinta tap tap yer… Jangan pandang dari jauh jer… Chow ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.