Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 3 September 2010

Are You Moist Enough?

Hello semua, selamat pagi.

Salam ramadhan yang ke-24. Ape macam hari ni? Sehat? Kulit chantek, gebu, putih dan berseri tak? Ape hal lak, tetibe nak tanya pasal kesihatan kulit orang secara tibe-tibe. Dah tukar kerjaya ke? Hahahaha. Takde pasal nak tukar kerja sebagai mak andam lak hei ~ sebabnye diri sendiri pun tak terurus lagi. Terfikir lak nak uruskan orang lain? Kirim salam lah…

Semalam punye cter ni, malam lah. Suasana bilik belakang sunyi sepi. Kebiasaannye, ada 2 insan bersembang mengenai hal kerjaya masing-masing kononnye. Namun malam ini, tidak macam selalu. Yang tinggal hanyelah seorang insan yang perasaan cantik melayari internet dengan bunyi lappy shret shret [bunyi lappy yang dah berumur] menemani insan tersebut. Ketiadaan insan bergelar kak ngah malam itu macamnye buat beliau mati kutu.

Seperti biasa, laman sesawang sosial dilewatinya. Agak kebosanan kerana rakan-rakan sosial seperti sibuk dengan aktiviti masing-masing antaranya mengulang kaji pelajaran, solat terawih dan sebagainye. Aku? Tak g solat terawih ke? Semalam macam kepenatan amat sangat. Lagipun, mak dan ayah macam sakit. Takot kalau aku takde nnti, orang tak leh drive nak g spital. Sape mau dipersalahkan kat akhirat? Tak mau lah ~

So, terkulat-kulat lah si insan tadi, mengunjung dari satu blog ke satu blog yang beliau ikuti. Kadang-kadang gelak kuat, kadang-kadang macam duduk berteleku menangis kesan daripada hasil tulisan blogger merencah kehidupan masing-masing. Kemudian, mengunjungi blog seorang blogger ini, membuatkan si insan ni terasa ade perkerjaan yang boleh dicari. Orang cakap, takde kerje cari kerja. Baru ade masalah. Barulah namenye hidup. Ok, habis mengarut lagi…

Si insan ni tertarik dengan pertandingan menulis blog yang disertai oleh Mr Kaizen pemilik akaun nuffnang.com.my. Sekarang nuffnang tengah rancak adekan pertandingan menulis blog mengenai vaseline. Satu produk yang merawat pelbagai jenis masalah kulit terutamanya masalah kulit kering. Dan tajuk bagi blog tu, are you moist enough. Tajuk gempak cakap orang putih, tapi aku slumber cakap bahasa melayu. Aku tengok Mr Kaizen rilek je cakap melayu, aku pun ikot lah ~ huhuhu. Ni first time masuk pertandingan ni, menaip cam neves semacam la pulak…. Hehe.

Ikot tajuk yang aku paham, terang-terangan macam soklan ni pung jatuh atas muka aku sendiri. Sepanjang malam aku fikir, adekah kulit aku betol-betol cukup lembab ikot standard kulit manusia? Persis tak sajee… Ahahahaha. Honestly, aku memang ade masalah kulit kering yang terlampau sangat sebab aku tak suke makanan sayur-sayuran yang ade segala macam vitamin. Lagi satu, aku ade satu habit, iaitu menggigit jari ketika tensen. Kesannye bahagian gigitan tersebut akan kering dan jadi membulat. Betul ni. Lagi-lagi kat bahagian atas kaki yang kering dan merekah dengan sangat teruk, boleh menyebabkan nilai wang hantaran ditolak setiap satu rekahan…. Oh no!

Banyak perkara yang boleh menyebabkan kulit kita jadi kering, kusam dan akhirnye merekah. Antaranye bile kelenjar kulit tidak menghasilkan cecair pelincir yang cukup untuk permukaan kulit. Selain tu, ade juga kulit yang sensitif kepada elemen sejuk dan panas seperti tempat berhawa dingin tak pun kerja di bawah terik matahari. Tu sebabnye kulit mudah kering selalunye pada bahagian tumit kaki, atas kaki, tepi kaki, siku, tapak tangan dan area bawah kuku. Korang perasan tak benda ni? Kalau orang yang bertuah tak dapat kulit kering, alangkah beruntungnye mereka…

Untuk atasi masalah aku, memang aku memerlukan lotion yang boleh ngam dengan sistem badan aku. Wah ~ ayat. Oleh itu saye memilih vaseline sebagai pilihan utama untuk memulihkan kembali kulit yang kusam dan kekeringan menjadi halus seperti bayi. Wallah ~ ! Ok, takde seperti bayi. Kang orang cakap aku propa lak. Aku nak cakap, produk vaseline ni memang bagus. Thumb up same beliau punye owner ~ yehee…

Ape yang bagusnye produk vaseline ni mastura? Cube pung pang sikit…. Dengan lafaz yeyeh ~ saye suke produk vaselline sebab saye tak perlu makan sayur-sayuran lagi untuk mendapatkan kulit chantek… Dengan pelbagai kandungan mineral dalam produk ni dah cukup untuk membuatkan kulit saye kembali normal. Itu dia ~

first lotion vaseline yang aku pakai ~
memang untuk kelembapan menyeluruh. 
Lagi satu, produk ni takde la mahal bebenor. Budak sekolah menengah pun boleh afford this.  Aku kenal mase aku tahun dua kat universiti. Time tu, memang niat nak beli lotion. Aku memang tak suke pakai perfume. Kalau nak wangeekan badan selalu aku hentam lotion je banyak-banyak. Selain dapat wangi, lotion ni ade multipurpose function untuk pulihkan kulit. Macam dapat 2 in 1 sekali… Berbaloi-baloi.

Mase dengan nakama dulu, pakat-pakat semua orang pegi beli produk ni kat Guardian JJ Taman Universiti. Nak sesaing lah orang cakap, sebab kawan baek kan, sume barang pun nak same. Kenangan jugak produk vaseline ni untuk aku yer…

yang warne pink ni, aku pakai dengan nakama,
bau perempuan.
rasenye lepas ni nak try aloe vera lak,
katenye sesuai untuk kulit burn.
Aku nak tutup karangan dah, sape-sape nak try vaseline, silekan, jangan malu-malu. Baek untuk kulit anda yer… Tak lupe jugak, sekarang saya rasa kulit saya dah cukup lembab dengan menggunakan vaseline. Puas hati dah ni. 

berfikir ape akan jadi kalay aku tak jumpe vaseline **poyo~

Sebelum aku lupe, sape nak masuk pertandingan ni, lawatlah nuffnang.com.my/vaseline. Chow. 

3 ulasan:

  1. tak penah pakai, cam no nak ulas... ko pos lah aku satu sampel percuma... nanti aku ulas lah... ha-ha...

    BalasPadam
  2. ko pegi la beli kat seven e kegemaran ko.. hehe

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.