Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 13 Ogos 2010

tak puasa dengan nakama lagi...

Hello semua,

Ramadhan kali ni macam lain sikit la bagi aku. Ikot tahun-tahun sebelum ni, sejak aku duduk asrama, memang kawan-kawan tempat aku bermanje bulan puasa ni. Kalau nak ade plan best-best pun, semua dengan kawan-kawan. Al-maklumla, tempat belajar jauh. Nak simpan duit balik raye lagi. Aku suke jer puase dengan kawan-kawan. Sebab same kepale kot.

Ni yang buat aku sayu skang ni, aku baru je lepas bukak folder yang tajuk puasa terakhir di UTM ni. Ahai! Nak g balik time puase dengan kawan-kawan, rasa seronok!

Aku ngan nakama, mase bulan puase memang syok ~! Banyak je aktiviti yang dirancang oleh fariza, sempena puasa terakhir bersama kawan-kawan. Nak create moment. Macam tu lebih kurang. Masa tu, walaupun takde duit tpi boleh je nak berjalan-jalan. Takde la nak runsing macam sekarang ni.

*****
Sebelum smbut puasa tahun lepas, makcik a.k.a waniey ajak kitorang celebrate Hari Bantai dekat kampung beliau, area Gemas. Dah memang jadi adat orang negeri sembilan kowt, hari sebelum puase diorang memang dok kumpul dengan family, makan la ape yang diorang nak, sebab esoknye puasa, dah tak boleh makan da…. Tu cerita makcik kat aku. Tapi ape yang aku tengok, hari ni memang hari untuk kumpul satu keluarga, sempena nak menyambut bulan puasa yang bakal menjelang. Kan bagus tu….

Aktiviti untuk Hari Bantai ni ialah…….. Makan ~ ye tepat sekali. Encil Yeppul, Fariza, Waniey dan aku mule bergerak ke kampung waniey sekitar jam 0500 petang (2 hari sebelum puasa). Midah tak dapat hadir, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Ok, word ececeh je ni. Malas nak ulas panjang, no comment. Hikhik, gedik pulak rase. Perjalanan ke Gemas amek mase 3 jam dari Johor Bharu, dengan berbekalkan RM15 (minyak dan tol yang tong tong), kitorang smpai tol tangkak. Dari sane, atok waniey pick up kitorang. Bukan pick up dengan tangan kosong ok, siap bekalkan kitorang dengan seplastik besar buah duku langsat, wallah. Thank you atok ~

Sampai je rumah atok waniey dah nak menjelang maghrib dah. Lepaskan Asar dengan qasar, lepas mandi terus je buat jamak Maghrib Isyak. Acara makan pertama pun bermula, ni makan malam pertama. Lauk hari tu memang simple tapi buat selera makan aku bertambah-tambah. Nenek waniey masak sambal ikan yang sangatla sedap, smpai aku tambah bukan dua, tapi tiga kali. Hehehe. Fariza pulak, makan semua lauk…. Yeheeee ~! Encik Yeppul hanya makan kari daging, sebab beliau tak makan pedas. Oops! Terbocor rahsia sudah….

Sebenarnye, kedatangan kitorang ke kampung waniey ni, dalam keadaan kitorang yang penat sangat, minggu test pulak tu, tu yang tak tido banyak hari tu. Tapi sebabkan waniey macam nak sangat kitorang habiskan moment bersame ni, kitorang layankan ajer la. Dan lepas setahun ni, baru aku rase, memang best la time tu, ade gak benda nak kenang dan boleh cter untuk anak cucu gitu.

Lepas je habis makan dan basuh pinggan, kitorang layan astro beb ~ kat asrama mane nak dapat astro. Nenek dan atok waniey memang sangat frenly, lagi-lagi bab makan ni, selagi korang tak tambah, jangan harap dapat bla dari meja tau ~

Malam tu, ingat lagi. Kitorang berempat dah berjanji dan berikrar walaupun kitorang balik kampung, tapi kitorang mesti score test analisis struktur yang lepas masuk sekolah je terus test. Ahai! Tengah-tengah malam pukul 1200 malam, lepas habis cerite hindustan kat channel Zee, fariza bertindak sebagai cikgu, pakse kitorang study. Gler lah! Encik Yeppul yang dah lena pun kena kejot bangun. Target test nak dapat 19/20. Kononnye. Tapi aku dapat 16/20, emm ok la kot…. Huhuhu.

Mase tu, Encik Yeppul dengan mamai-mamai turun bawak beg besar gabak. Pastu smpai bawah (tempat study), beliau tersalah bawak buku, orang suh bawak buku struktur beliau g tibai buku management. Kehkehkeh. Ape boley buat, buku same warne daa ~ tapi macam biase la, study lebih kurang 30 minit. Mate dah tak boleh nak bukak da, minum nescefe konon, tak nak bagi ngantok. Adeychet! Tersadai jugak kepala memasing atas meja, lalok ~ cikgu fariza isytiharkan kelas dismiss. Yuhuhuhu………..

Pagi tu, bangun dah lambat, lepas je subuh, bantai tido memasing kecuali Encik Yeppul. Tapi agak kesengalan la, die tak kejotkan kitorang, g jalan-jalan amek angin kampung. Aduhai ~ yang gugurl semua sedar dalam pukul 0930 pagi. Lambat nak kejarkan roti canai kat warung pak ngah waniey, kat area kampung ni jugak. Siap-siap semua dah pukul 1030pagi, seperti yang dijangka, semua makanan pagi dah habis. Yang tinggal hanyelah lebihan makanan. Mee goreng, lontong dan bihun, semua kitorang sebat smpai licin. Hihi ~

Balek je dari warung, tengok nenek waniey ngah sibuk-sibuk dengan menu makan tengah hari. Menu istimewa sempena hari bantai ni sup tulang lembu, rendang ayam, rendang daging, rendang maman, lemang, bahulu dan bla3. aku pun tak dapat nak catch up sume. Memang kitorang tak berhenti makan dari start bukak mata sampai la ke sahur….. Terasa syurga lah ~

Lepas je sahur dan subuh, kitorang bergegas pulang ke UTM, memang tujuan nak berehat awal sebab taknak kepenatan untuk jawab test hari yang berikutnye. Oh, lupe nak cakap, mak waniey bekalkan kitorang smbal tok tok. End.

******
Minggu pertama Ramadhan lepas, memang aku dan nakama habiskan masa dengan test dan assignment yang bertimbun-timbun. Selalunye kalau ade kelas smpai petang, kitorang just beli makanan kat bazar je. Masa zaman aku dulu la, bazar dalam UTM letakknye dekat dengan Fakulti Alam Bina. Kecik je pun, tapi cukup la kot nak menampung kapasiti makanan student UTM tak termasuk orang yang makan kat luar lah.

Speselnye, semua student ngan staff UTM je jadi pelanggan bazar ni. Spesel tak spesel? Hakhakhak. Takde ape yang menarik pun. 
Selain dari bazar UTM, kitorang turut jugak mendatangkan diri sendiri ke bazar Pulai dan bazar Taman Universiti. Bagi aku bazar kat Skudai, takla happening sangat. Tapi ok la, ade la benda nak buat mengalas perut untuk berbuka. Lagipun bukan bazar yang boleh jadikan mood tu seronok. Yang seronok nye masa yang kita spend dengan kawan-kawan jer. Rindu la tyme g bazar dulu-dulu, dengan nakama desh ~ hakhak, macam hidup takde masalah.

Yang rindunye, kitorang lima orang yang sengal, akan buat competition sape belanje paling sikit kat bazar, alah macam kak nita main ketok-ketok kuali kat tv tu. Hehehe. Ni sume idea Encik Yeppul sebab mendengkikan aku ngan waniey yang belanje tak smpai RM5.00 pun kadang-kadang kat bazar. Dengan perasaan jeles dan weird, beliau pernah sekali sahaje yer, ok ulang. Sekali jer memenangi pertandingan ni, tu pun kurang 50 sen dari kitorang semua…. Eh eleh, bro. Kecoh je lebih dan sebagai kontranye, fariza memang tak pernah masuk carta Top 3 sekali pun. Huhuhu. Kelaka-kelaka.

tak sangka aku ada simpan, gmba meranti, balik bazar :))
*****
Biase la kan, makanan barat macam Mekdi dan Kepc memang takleh lari dari hidup student kat Malaysia ni kot. Harga boleh tahan mahal tapi agak berbaloi untuk dimakan. Dah bosan dengan makanan melayu, kitorang g lah ke restoren segera yang berhampiran. Dengan niat nak mengkayakan duit diorang disamping mengkayakan lemak kitorang jugak ~ ahai.

Kalau dengan nakama, aku akan selalu order Dinner Plate Hot and Spicy, lepas tu aku makan 2 ketul or satu setengah je dari ayam-ayam tersebut. Another half, salu aku tapau, bawak extand g makan sahur…. Oh masyuk jer rase ~ lagi satu, aku akan add on cheezy wedges, bagi bukak selera. Nak share-share ngan nakama pun leh :)) style makan aku same dengan midah. Salu kitorang bincang same-same tau, nak beli ape kat kepc. Rindu-rindu ~

Lain pulak dengan style makan waniey, beliau tak makan hot and spicy. Beliau suke ayam style original cook, tanak air gas. Selalu g mintak sky juice jer kat kepc. In case kalau terpakse amek set air, beliau akan pilih mirinda strawberry, tu pun kalo nak minum kena add on air masak banyak-banyak bagi ilang rase gas, pelik kan? Huhuhuhu. Kitorang layankan saje beliau.

Kalau Encik Yeppul dengan Fariza, dah kate namenye pasangan. Selalu akan discuss same-same and share untuk beli kepc. Diorang selalunye akan order set snack plate satu sorang and then add on dengan twister, memang menu favourite Encik Yeppul tu. Fariza semua pun ok ~ men bedal je kan?? Hehehe

Ok, ape yang penting sekali, makan kepc ni ialah pemilihan ayam yang tepat. Baru la kena dengan slera kaloo nak ngap ~ yehee. Aku, Midah dan Encik Yeppul memang suka jenis ayam goreng tight, part atas peha, mean anggota pinggang ke bawah. Oops? Ayam ade pinggang ke? Ahahahaha. Kalau takde bahagian tight, mood makan kami akan jadi down, tak berselera dan akhirnye kurus merengkeng. Adeychet! Maseng-maseng. Kalau tight takde, mulelah berebut nak kejor drumstick la memaseng. Same je tige-tige perangai. Huhuhuhu.

Yang lagi dua orang ni pulak, aku gelar ibu-ibu or kakak-kakak mithali, ececeh.  Sebabnye suke part ayam rib dan chest yang daging sangat tebal dan langsung tak sedap dimakan. Kalau g kepc memang sedihla mereka kalo tak dapat rib, memang menterbalikkan diri dri kitorang bertiga. Kitorang pelik ke? Diorang yang pelik? Ntahla :))

Makan dengan nakama memang kecoh, dan aku tanpe segan silu, bersila atas kerusi, pakai cicah or amek part orang lain, tercomot sikit cheese dekat mulut. Ahai ~ tiap kali tu, waniey akan keluarkan perkataan behave! Hakhakhak. Ni sume sebab aku kecoh, kenape aku tak dapat pkwe kat kepc. Dah gaye makan macam hampeh ~ sape pun takot and lari…. Yehee… tak kesah sume tu :))

Habis dah cerita pasal dekat kepc. Lain pulak cerita untuk mekdi. Mekdi selalunye kitorang bantai time sahur. Alah, menu yang banyak dengan harge yang memuaskan. Layankan jer. Suasana nak sahur pun ala-ala selamat, ramai orang jengah dan siap ade tv lagi. Tu yang kitorang jadikan Mekdi Shell Skudai tempat layan sahur bulan puasa. Dalam sebulan, 2 3 kali jugak la kaki ni jejak sane. Heh~

Set yang selalu waniey order ialah McChicken dengan air milo. Maklumla orang yang jage kesihatan. Sebabkan waniey suke fries, beliau akan order set besar punyer. Kalau midah, beliau suke set Quarter Pounder, alah berger daging yang terkeluar tu, ntah ape yang sedap, aku pun tak tahu. Selera makan aku lak, salunye aku akan pusing-pusing, tanye semua orang ape sedap, dan at last [setiap kali pun] aku akan pilih Double Cheese set. Waniey salu bising lepas aku order. Kate dah tau nak makan ape, lagi mau tanye… ek eleh ~ kerek la plak :))

Si pasangan punye menu memang selalu gempak. Aku mula dengan bini. Fariza akan order[wajib] set of chicken, tambah dengan bubur ayam large…. Pergh ~! Tu belom tahap lapar melampau, kaloo super lapar, pasti akan add lagi dengan beger Mcchicken tak pun Double Cheese. Gempakkan? Tang laki tak kurang hebat, mesti nak order berger Big Mac yang besar kalau g mane-mane pun. Tu pun macam tak kenyang lagi smpai kena tambah set ayam…. Huhuhuhu. Seronok makan dengan diorang tau :))

Bile balik dr Mekdi, perot semua akan kekeyangan tahap dewa. Tengokla masing-masing order macam mane pun kan? Tapi moment time makan same-same tu la yang aku sangat rindu, chit chatting benda-benda tak masuk akal dan meriah :))

midah ngan fariza jadi duta mekdi ttbe :))
*****
Puasa tahun lepas macam ade satu fenomena yang berlaku dalam UTM. Sejak-sejak Mawi dah kawin ni, menu tu makin menjadi-jadi manianye…. Ape die? Nasi Ayam Penyet. Kalau sekitar taman universiti, zaman aku, ade 3 tempat je yang fofular dan sedap nak makan nasi ayam penyet ni, Pinang, Bibik dan Jom Datang Lagi.

Kalau korang nak rase smbal belacan yang pedas dan meletop, memang kaw ~ punye, singgahlah makan dekat Pinang. Specialist Ayam Penyet kat taman u.  Pergh~memang terbaek setakat ni. Bile gaul smbal tersebut dengan ayam dan nasik panas ~ kaloo tak rase kepedasan nikmat masuk mulut, takya nak cter. Tapi kitorang jarang makan kat Pinang. Encik Yeppul tak tahan makan pedas.

Kitorang salu pekena ayam penyet dekat Jom Datang Lagi. Alah, beberapa selang buah kedai dri Pinang. Sebab utama kitorang salu makan ayam penyet kat ctu, smbal belacan tak pedas sangat. Sup ada aroma sikit compare ngan pinang dan nasiknye sedikit, cukupla untuk selera-selera perempuan makan. And the most important, Jom Datang Lagi bukan specialist dalam ayam penyet. Menu lain pun ade tersedia, so Encik Yeppul boleh buat pilihan. Ade lagi satu, Jom Datang Lagi ade bagi diskaun 10% untuk UTM student yang makan tempat diorang tau :))

Mase bulan puasa, 2 minggu yang terakhir, kitorang hari-hari makan ayam penyet. Ini serius! Macam kena dadah lak, sebab addict dengan ayam penyet dan smbal die…. Yehee…. Pening pale Encik Yeppul dengan kitorang, tapi layankan aje…. Hahahahaha. Bile aku bukak folder, hari-hari update gambar ayam penyet…. Ape kes?

Sekarang ni, macam rindu la nak makan ayam penyet kat sane. Kan? Aku tujukan soklan ni kat nakama aku. Ahai~sayu lak hati tulis entri ni :((

Moment terakhir dengan budak kelas (section 1 batch 2006) pun diabadikan kat Restoren Pinang. Emm seronok-seronok smpai aku tak g terawih hari tu. Hakhakhak.

nasi ayam penyet ~ Jom Datang Lagi. yehee

ni lak, masing-masing pakat order melo tabur.... sedapnyer... :))
*****
Dah habis cerita da, rindu nak puase ngan nakama aku…. Wawawawawawa ~ kalau ada mase jumpe lagi tau korang ~

** bila aku bace balik, aku sendiri tak tahu kenapa aku panggil Yep sebagai Encik Yeppul ~ alamak, terasa bos la pulak :))

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.