Pengikut (Blogspot)

Isnin, 2 Ogos 2010

sirih

Ola…

Agak beberapa hari aku macam slowdown dengan blog ni, ala hidup aku bersambung sikit-sikit jer, so tak perlulah update selalu…. Hari jumaat dan sabtu aku bercuti. Nak jadi adik mithali katekan…. Hahaha. Tipu jer, aku memang lame terhengen nak cuti, disebabkan kak ngah aku nak dirisik dan merangkap menjadi tunangan orang sekali gus. Dapatlah aku alasan untuk meninggalkan kerja-kerja yang penoh sifat brutal dan automatically aku beralih ke sifat lemah lembut dan bersopan jadi orang 'penting sangat' mase majlis akak aku…. Hekhekhek.

Secara keseluruhannye lah, memang majlis akak aku berjalan dengan lancar. Majlis perbincangan dan pertunangan ni bermula dari jam 1200 tengah hari, ahli keluarga berkenalan dan berbincang. Maka termetrailah janji antara dua keluarga. Bermulalah tali persaudaraan yang baru antara keluarga aku dengan keluarga Abang Wan.

Bile adenye majlis macam ni eh, aku paham da yang orang Malay ni agak berbudi dan berbahasa sangat tinggi. Mase zaman dulu-dulu kan, kalau belah pihak lelaki datang merisik, pasti ade sirih junjung…. Sirih junjung ni kalau ikot istilah ~ pihak lelaki yang sediekan, ataupun tetamu yang sediakan…. Dan lawannye tepak sirih tuh, disediakan oleh pihak perempuan. (aku baru la terperasan bende ni) Hehehehe.

Aku selalu bayangkan, orang dulu-dulu menjunjung sirih ni atas kepale ke mase bertandang ke umah orang pmpuan? Mcam pelik je gayenyer…. Kenape pulaklah, design sirih junjung nie kemaenlah tinggi? Takot sirih jatuh ke? Pastu, otak jahat  nakal aku nie terbayang-bayang mak ngan ayah aku menjunjung sirih ~ bayangkanlah nak datang umah orang kan? Aku memang boleh dipanggil anak tak gune tika ini. Weheeee~~~~


mak dan ayah aku bersama sirih junjung :))

Kenduri kak ngah bebaru ni jugak, aku toraai makan sirih…. Giler lah aku, rase not bad aku kate…. Ni sume lepas adik sedara aku Luqman cakap aku memang tak rock kalau tak cuba, and then bile aku tye kat busu aku (abah luqman daa), beliau mengatakan yang sirih ni sedap. Sambilnye menguyah-nguyah sirih dengan penuh kesedapan berganda…. Ni tak cukup lagi, mak usu aku pulak punye lah cucukz…. Dengan ayat 'cubalah mastura, bukan senang nak rase'
 
Inilah masalah aku, tak boleh sangat nak tahan ajakan orang. Aku pun dengan pantas, mengambil sirih keling yang ade kat dalam dulang hantaran tu…. Lepas tu terpinga-pinga. Ape lagi, terpacullah soklan dri mulut aku 'ni nak buat macam mane ni ??' 

lepas tu, dapat tutorial lengkap dari mak usu aku, aku nak ajar lah peminat blog aku ni.... 

yang pertama, korang amek sirih ~ letakkan sirih atas tapak tangan kiri. lepas tu, tangan kanan korang pulak, mulalah mencolek kapur, mematah-matahkan sendi kayu manis dan merobek-robek pinang yang sudah dibelah menggunakan kacip. 


dalam tepak ni tersedia kapur, kayu manis dan pinang          

lepas tu, gulungkan sirih dari bahagian yang beramuan ke bahagian yang kosong.... Ikot keselesaanlah menggulung dan melipat hingga muat dimasukkan ke dalam mulut. (pakai je kretiviti lipat tuala)


bile aku masukkan je sirih ke dalam mulut, aku dah seap-seap mind set dalam pale otak aku, sepatutnye rase sirih ni SANGAT TERUK. So that, aku dah decide nak gune sebelah mulut je kunyah.... Bagi tak merebak rase ke seluruh pelosok mulut aku....


ni nak bagitaunye, makan sirih ni ibarat chewing gum orang dulu.... bile sirih dan segala ramuan dah lumat dan hancus lebus.... dinasihatkan buang ~ tapi ade gak orang telan habes. yang ni aku tak tahu ape effect die... aku tak khatam bab-bab makan sirih lagi.... 

sambung balik cter mase makan sirih tu, aku tak makan berseorangan. daripade perenggan atas tadi, busu aku makan sirih tu dulu. lepas tu Luqman, lepas tu aku. tige-tige macam jadi tontonan umum semue tetamu hari tu. 

mase dah makin hancur kunyahan sirih dalam mulut. merebaklah rase mint (kayu manis), pahit (pinang) dan masam (kapur kot) menjalar ke segenap gigi merangkap gusi. 


aku dan Luqman (orang first time rase) mule buat kerutan sejuta kot. tapi aku boleh cakap kat semua 'ok je rase die, macam minum teh herba' dengan sebab tanak malu. Luqman pun same mcam aku kowt ~ berperasaan same mcam aku, aku agak.

beberapa minit kemudian, aku nmpak busu bangun. sebenarnye busu nak perkenalkan sirih kat semua, lame jugak beliau mengunyah dedaun tersebut sehingga 200% lumat aku estimate gaye hancuran die.... busu aku menuju ke sinki dapur rumah aku. kemudian, luqman pun bangun ikot jejak langkah abahnya. ini peluang baek, sebelom mulut aku terkoyak or terbakar akibat kepedasan sirih ni, baek la aku ikot same. tapi langkah sedikit laju berbanding yang lain. 

malas nak cerita lagi, last sekali basuh mulut. semua orang berjaye makan sirih. 

aku mengantoklah.... takde mud nak cerita lagi. nyte

 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.