Pengikut (Blogspot)

Rabu, 11 Ogos 2010

hari gaji mereka

Hello semua,

Hari ni hari pertama puasa. Yang ni semua orang tau. Aku pasti. Aku bangun sahur hari ni. Tu pun lepas mak kejut aku. Makanan sahur hari ni, nasik putih dengan rendang ayam tua.  Aku tak suke! Ayam tue tu keras. Tapi aku hentam je sebab takde lauk da.

Aku smpai ofis lambat. Aku mengaku. Sebab aku terlebih guna masa untuk tanam jagung dengan kacang soya dalam farmville. Semalam, aku dengar tazkirah cakap, bulan Ramadhan ni bulan yang subur. Tu yang aku amek keputusan nak menanam balik tu. Ahakhakhak. Yela, salah aku kan hari ni. Wehee…. Janji lepas ni tak buat lagi.

Sampai-sampai je, aku tengok Tobu pun smpai dengan Ford 4x4 yang retak chermin kat depan. Dengan mengangkut 5 orang konsikong, free kan gear dan tersenyum kat aku. Mesti dalam hati beliau nak ti-au kepala aku, sebab datang lambat. Ahakz.

Tobu terus lonjak keluar dari kereta, lagak pendekar cina kungfu harimau. Dengan sampul surat saiz A4 warna putih. Ahai ~ tandanya, kongsikong dah gaji. Dalam sampul tu, ade lagi sampul surat biase dilipat dua. Dalam smpul surat biase tu ade duit gaji kongsikong la! Ikot name masing-masing. Yang pasti kena tolak RM 300.00 sorang, sebab bos taja diorang datang sini, dan kena bayar semula la.

Aku dapat gaji pertama, jumaat lepas lagi. Tapi aku dah kate guna separuh, bayar duit hutang-hutangan. Campur dengan duit minyak dan duit makan aku last week. Ade jugak keperluan mandi ngan top up aku beli. Aku agak merungut minggu lepas. Tapi bila aku fikir, kongsikong pun belom dapat gaji, aku tibe-tibe insaf, ade orang yang lebih malang dari aku kan?

Bayangkanla? 11hb baru dapat gaji? Takde rusuhan pun yang berlaku…. Hekhekhek. Tapi aku kesian la, memang tak patut gaji lambat, diorang sume mane ade duit nak makan. Tu yang tahap g mancing je tu masing-masing takde duit nak beli lauk. Sangat la kesian. Kadang-kadang makan nasi goreng dengan bawangan jer…. Alhamdulillah, aku mampu makan 2 jenis lauk satu hari lagi.

Ofis aku ni dah diibaratkan macam bilik kewangan hari ni. Semua hutang piutang kongsikong dengan tobu, dan-dan la ni, kena kasi settle. Lepas tu, terjerit-jerit tobu panggil name bangla ngan indon tu. Ahai ~ pekak telinge aku dengar. Nak je sound. Takpe-takpe, tunggu 3 bulan tobu, tak aku sound ko, aku bla dri tempat ni. Ceceh ~ berangan baek punye :))

Tobu aku memule panggil orang-orang indon. Ade la dalam 5 orang kongsikong dari Indon ni. Dan kesekian kali aku tau nape kongsikong yang selalu kenakan aku tuh, Soleh namanya ~ cheh, perangai serupe hantu.

Sebabkan Tobu dah biase ngan kong beliau, dah masak sangat dengan hal remeh temeh. Memang sekali bersuara je bangla ngan indon pasal gaji ~ herdik sekali. Sape kurang ajar, memang dapat herdik pastu kena halau. Settle ~ aku salu fikir, agaknye macam ni ke cara terbaek nak treat diorang? Entah la. Takkan nak kena amek course gengster kot sebelum duduk site? Ape-ape hal, sebenarnye Tobu tu amalkan prinsip tegas dengan diorang, aku akui ni. Kalau tak, lagi la akan dengar complaint yang tak masuk akal. Malas layan ~ hahahaha.

Tapi kalau nak cakap Tobu ni jahat, tiap bulan beliau kasi pinjam duit dekat kong yang memerlukan. Lepas beliau ti-au bangla ngan indon. Elok je belanje orang tu makan bagai. Dah memang style kot? Yang aku tak tau. Aku ade gak diorang mintak pinjam. Tapi tak berani la nak bagi. Gaji pun ciput… :((

Dan lagi satu, yang aku dapat tengok hari ni. Muka bangla dan indon tersenyum dapat duit diorang. Korang cuba bayangkan eh? Gaji yang diperoleh dari tulang empat kerat, peluh keringat dan penat lelah, akhirnye dibayar. Walaupun sedikit, nmpak betul-betul. Ni kerja yang aku buat bulan ni, susun batu 1000 biji, harga bayaran RM1000.00, senang nak calculate kan?

Kalau kerja macam aku ni, macam mane nak calculate eh? Tibe-tibe terfikir pulak, aku g melawat site, kadang-kadang lawat dalam 2 jam satu hari, pun dapat RM 1000 jugak. Oh, tapi aku kena submit report dan sign macam-macam. Tu semua bawah tanggungjawab aku kan? Emm ~ accepted!

Macam hari ni, aku tak round  sangat pun. Panas ya amat, aku tido je dalam cabin tak keluar-keluar. Memang tak patut.  Dalam kol 0330 petang, baru keluar dan tengok-tengok. Sebab nak tulis dalam daily report. Kalau tak macam hampeh ~ tanak aku keluar. Panas sangat.

Terfikir pasal gaji yang berkat pulak? aih!


susah nak capture ni, rase puas takde orang perasan, hekz~

chow dulu. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.