Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 28 Ogos 2010

diari kajang nombor satu

Dua bulan lepas [waktu semua dah lelapkan mate, pinjam lappy si cantik]:

Hari ini aku terasa sungguh penat. Di merata badanku penuh dengan kesan minyak hitam; tangan, kaki, hidung dan sedikit di tepi mata. Tapi aku rasa gembira dapat membantu dan belajar cara-cara membaiki motosikal dari kedai Ah Heng. Aku memang minat dengan kerja-kerja tangan begini. Barulah nampak brutal beb ~

Usai siap motor Abu dibaiki Ah Heng, aku pun minta diri untuk balik ke rumah, ingin alas perut sikit la, ungkap aku pada Ah Heng. Ah Heng beri respond setuju dan aku berlalu meninggalkan beliau.

Sampai di rumah, aku selongkar apa yang ade, di dalam bakul besar untuk mendapatkan makanan. Ibuku dan adikku masing-masing sudah kekenyangan menikmati ikan kembung mentah pemberian Ah Chuang, pekedai runcit di hadapan rumah kami. Aku seperti ketinggalan keretapi untuk melahap makanan tersebut. Tak guna korang! Sikit pun takmo tinggal untuk aku. Sambung balik pencarian makanan aku.

Tibe-tibe aku dengar suara perempuan seperti loudspeaker kat belakang aku; mak warna kuning la. Lebih kurang macam tu ayat si cantik tu. Aku tak sangka pulak beliau tujukan kat aku. Aku wat bengap je kat situ, mencarik-carik makanan dalam tong besar tu. Lepas tu, aku dengar lagi suara, kali ni milik mak, seperti panggilan yang si cantik guna; cepat amik mastura, kite bawak balik.

Si cantik menghampiri aku, aku terkedu dengan kecantikan beliau, tak mampu bergerak ke mana-mana. Tanpa sedar, aku sedang berada di dalam pangkuan si cantik. Kali ini, aku nampak si cantik mengendong aku ke kereta kancil warna putih. Si cantik yang nampak keriangan, menghulurkan badan cilik milik aku kepada seorang lagi wanita dan berkata; kak ngah, pegang jap, kitorang jumpe kucing kuning kat tong sampah. Kuang asam, nmpak cantik, tapi panggil rumah aku tong sampah.

Kemudian, aku rasakan diri aku bergerak ke satu destinasi yang aku sendiri tak pasti. Aku cuba bertanya dengan engauan kepada insan yang digelar mak itu. Mak seperti mengerti pertanyaan aku, mak cakap, brownie, kita balik rumah ye, tinggal dengan kitorang. Sape brownie? Aku layankan je dan berhenti dari bertanya. Aku berdebar-debar, menantikan waktu tiba ke rumah baru.   

Sampai ke destinasi yang aku tak pasti sejauh mane dari rumah kediaman aku, aku ditonton masuk ke dalam rumah teres, hujung sekali dalam taman perumahan ni. Not bad la, rumah satu tingkat. Ada 3 buah bilik. Bilik si cantik hujung sekali, dekat dengan dapur.

Aku disapa oleh lelaki yang digelar abang oleh mak, cantik kucing kuning ni, zan? mane izan kutip? Ni aku rase bengang sangat ni, kutip aku? Ingat aku barangan mati ape? Pape hal pun aku wat muke scuymel…. Nmpak gaye macam umah ni masyuk je untuk aku tinggal.

Aku diberi makan bersama dengan tiga ekor rakan baru pada malam tersebut. Yang besar dan tinggi, suh aku panggil die ecak. Muke macam gangster, memang terangkat bulu-bulu aku, tengok die first time. Tapi lame-lame borak-borak dengan die baru aku tau hati die kuntum. Kene gertak sikit dengan si cantik dah lari. Huhuhu, rase kelakar lak mamat sorang ni. Dan yang sekor lagi berbulu putih kekuningan macam jagung, semua panggil die shepet. Memang mate sepet pun. Tapi garang nak mampus, dengan manusie pun tak boleh tolerate, asal tak kene kat hati die, die bagi cakar je. Habis cerite. Kalo bercerite pasal sekor lagi ni, aku tak berape nak tau sangat. Maklum la, bukannye die ni ade kat rumah sangat. Time makan je selalu muncul. Kire die memang ala-ala keturunan scotish campur dengan kucing kampung. Tu la pasalnye telinge tak bape kemek dan bulu tak terlampau kembang. Ikut cerite si shepet, nasib si tole ni memang malang mase kecik-kecik. Mak bapak die tinggalkan die kat booth bayar tol kajang silk. Jiran si cantik yang bawak balik rumah. Tup tap jadi ahli rumah aku pulak. Tole ni sekor yang bekerjaya sebagai ketua kampung sekarang. Kalau hal ehwal kucing, semua bawah jagaan tole. Emm kalau korang ade ape-ape tak puas hati, boleh terus direct jumpe die. Die memang baek dan humble la. Aku boleh komen, walaupun muke macam zorro. Hehehe.

Macam dah banyak pulak mengumpat kucing kan? Berbalek kepada cerite pasal keluarga si cantik yang sedang sibuk nak fikir name ape yang terbaek bagi kat aku. Ape lah ~ name aku kajang lah. Dari tadi aku try bagi tau, tapi beliau tak paham-paham lak. Aduhai… Name aku kajang. Paham tak? Entah ape segale name keluar, kuning la, brownie la, ape-ape lagi. Tibe-tibe kak ngah melaungkan perkataan 'KAAJAAAANG', sepantas kilat, aku menuju ke arah kakak si cantik. Emm susah sangat la diorang nak maen teka-teka pulak. Dari awal tadi, aku dah gtau.

Malam ni, aku bakal tidur lena. Di atas tilam empuk milik si cantik. Bagaimane kehidupan aku selepas ni, aku sendiri tak pasti. Selamat malam semua.




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.