Pengikut (Blogspot)

Ahad, 4 Julai 2010

tasbih fatimah

semalam aku tengok rancangan Usrah kat TV9...
kebetulan jer pun mase browsing rancangan menarik, tertekan channel tu...

penceramah tu ok la... taklah banyak lawak pun... 
kalau untuk orang muda memang macam mengantok sikit..
nasib baek aku tak stay depan puan ustazah tu, boleh jugak aku lari-lari ke rancangan lain....

isu puan ustazah menarik tau, mengenai macam mana mulanya terjadinya gelaran TASBIH FATIMAH...

cerita ni, aku cuba sampaikan kat blog, kalau-kalau ada orang baca, bagus jugakkan... :))

aku cerita ini seingat aku dalam kepala jer... Wallahualam...

suatu hari, Saidina Ali menyatakan rasa penatnya baginda mengangkat timba berisi air kepada isteri tercinta Saidatina Fatimah sehingga sakit belakang dan tulang-tulangnya. kemudian, Saidatina Fatimah juga turut menyatakan bahawa baginda juga telah merasakan kesukaran yang sama sehingga tangannya melecet kerana terlalu banyak mengisar gandum. Saidina Ali terus menyuruh Saidatina Fatimah berjumpa dengan ayahanda baginda,  Rasulullah SAW meminta pertolongan mengenai kesukaran mereka berdua. lalu, Saidatina Fatimah pun bergegas bertemu bapanya. setibanya di rumah Rasulullah SAW, kelu lidah Saidatina Fatimah untuk menyampaikan permasalahan dan hasratnya. lalu pulang semula ke rumah untuk bertemu semula dengan suaminya. lalu, mereka berkeputusan utk pergi bersama-sama dan menceritakan permasalahan mereka. setelah mendengar permasalahan itu, Rasulullah SAW berkata bahawa, baginda tiada cara untuk menyelesaikan permasalahan itu tetapi bertanya 'Mahukah kamu sesuatu ganjaran yang lebih baik daripada menyelesaikan masalah kamu?' menantu dan anaknya menjawab 'Mahu Ya Rasulullah SAW' Nabi Muhammad terus berkata ' Untuk memperoleh ketenangan dan kesabaran dalam menempuhi kesukaran dalam hidup berzikirlah 10 kali subhanallah, 10 kali alhamdulillah dan 10 kali allahuakbar bila-bila masa, nescaya kamu akan mendapatkan kesabaran dan ketenangan dalam menyelesaikan tugasan dalam hidup.'

menurut puan ustazah, sebab tu lah bacaan 10 kali tiga zikir ni dinamakan tasbih fatimah sebab dikurniakan oleh Rasulullah SAW kepada baginda untuk diamalkan....

puan ustazah siap pesan di hujung usrah seperti 'cerita mengenai tasbih fatimah ini elok sekiranya dapat disampaikan kepada anak-anak gadis dan wanita. zikir utk wanita la kiranya... 




emm tu jer kot, tambah ilmu tengah-tengah malam ni... :))

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.