Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 3 Julai 2010

pengalaman temuduga

aku saje nak menulis sebab aku dah dapat kerja...
memang aku excited... dan tak tahu ape akan jadi pada aku isnin nnti...


sekarang ni, aku tengah berkira-kira
apa aku nak pakai...
maklumla badan aku dah ala-ala chubby sikit...
soo keep on trying seluar slack yang aku guna masa latihan industri dulu...


pagi tadi aku cuba, semacam muat... Alhamdulillah...
jimatla duit, tak payah beli baru... hahahaha
disebabkan kerja aku harus pergi site, so baju kurung macam tak sesuai
kena jugak pakai slack yang nmpak formal dan senang dibawa ke mana-mana...


oklah
tulis blog nie sengaja nak review berapa banyak interview yang aku dah pegi
dan ape feedback jer...
yelah takot lupe pulak...
nnt kaloo anak cucu tanye..
aku nak story, boleh la cakap.... 'ce tengok dekat blog nenek edisi Julai 2010, ade nenek cter semuanye...'
ceewaaah... cerite 50 tahun akan datang terbayang lak kat kepala ni, ntah-ntah zaman tu aku nyanyuk, suruh ingat benda-benda tu semua, memang tak dan lah !


syarikat pertama yang sudi nak interview aku bernama STARFISH Sdn Bhd. lokasi temuduga di shah alam. mase tu aku g temuduga dengan kak ngah. smpai agak lambat dan tersesat banyak. smpai pejabat die pun dah lambat 15 minit. aduh memang xde rezeki kot. smpai-smpai je tak lepas lelah, terus interview. terbayang pulak muka abang comel tu depan mata aku sekarang, dia pun english ala-ala aku, lepas tu nak interview aku dalam english, bek tak payah, sury abang i kutuk u :)) tapi rupa-rupanya jawatan yang ditawarkan pada aku ialah Draftman bukan civil engineer mcam diwar-warkan oleh beliau semasa menalipon hari tu. so, honestly, aku tak berapa expert dalam benda-benda ni. consider aku gagal la temuduga yang suruh aku lukis acad walaupun siap sepenuhnya... oh lupa nak tambah, company ni aku jmpe dekat jobstreet.com

syarikat kedua yang pilih aku sebagai calon temuduga ialah Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai Pembanci. Lokasi temuduga di Jabatan Alam Sekitar daerah Ampang, area Ampang Point. Emm aku pilih pengangkutan awam untuk g temuduga nie...
smpai jer dekat ampang point, aku turun bas dan tye pade sorang anneey surat khabar, mane letaknye JAS Ampang. die tunjuk direction kanan. aku pun menuju ke kanan.... sesmpai  sebrapa jauh dalam simpang, aku tak nmpak pun tande-tande ade JAS kat ctu... tersangatlah konpius dengan banyak kawasan rumah di sekitarnya.
aku nmpak ncik nasi lemak kat area tepi perumahan tu. maniskan mulut, aku tanya, then die jawab 'adik nmpak simpang tu (lebih kurang 200 m dri gerai die)?' aku angguk la... 
lepas tu ncik nasi lemak tu sambung ' masuk simpang tu, terus, nmpak simpang amek kiri, pastu ade simpang kiri lagi dan nmpak satu simpang belok kanan, nnti nmpakla JAS besar-besar kat depan adik. panjang kan penerangan dia kat aku? jujur, aku tak berapa dapat tangkap apa yang ncik nasi lemak tu terang. tp aku angguk dan ucap terima kasih sambil berjalan ke arah simpang tersebut aku senyum-senyum ke arah ncik nasi lemak. 
penatla aku menapak (lebih kurang 500 m) tersergam indah bangunan JAS seperti yang dikatakan oleh ncik nasi lemak tu.
ok ~ setelah smpai situ tiba-tiba aku rasa meluap-luap kemarahan. aku nmpak jalan masuk dari bus stop yang aku turun tu, pilih sebelah kiri (lebih kurang 100 m) dari JAS tu jer.... aisyeh anney surat khabar.... ko nie betol ke tidak?? duduk situ berapa lama dah?
emm, anney punya cerita aku letak tepi, aku terus je masuk dalam dan daftar untuk ditemuduga. agak setengah jam menunggu, aku pun dipanggil masuk. first time aku ditemuduga secara duo. dengan seorang abang ukm yang menganggur jugak (kami sama taraf.. huhu). paling kagum sekali dengan abang ukm ni amik kos persuratan melayu.... apekah?? tak tercapai akal aku, apa yang dia blaja dalam kos tu.. hehehe
masa ditemuduga, takde soklan cepu cemas sangat, alaa keje part time... soklan yang mencabar sikit... apekah tugas-tugas pembanci dan penyelia? tu je la yang mencabar. agak fikir logik, leh la karang dalam kepala otak ni sikit-sikit. 
yang paling best, bila cik temuduga cakap aku nie jenis survival... huhuhu bangga smpai aku lupakan kemarahan aku kepada anney surat khabar. wallah untuk cik...
untuk jawatan pembanci, aku layak dan ditugaskan untuk membanci kawasan kajang. sekarang aku berhentila sebab dah dapat kerja yang lagi layak kononnya. 

2 3 hari lepas je lepas aku temuduga pembanci, aku dapat call dari syarikat GJ Runding Sdn Bhd, salah satu syarikat konsultant kejuruteraan. skop kerja memang takleh nak cter detail la... kang dianggap sulit, tak pasal jer...
anyway, disebabkan tempat temuduga pun berdekatan dengan kawasan ampang point, xde masalah pun nak g ke sana dan ada kawan kerja kat situ, direction memang tepat dan terbaek punya... memang xda salah-salah macam 2 interview sebelum nie...
aku smpai agak awal, aku singgah minum pagi dekat bakery sebelah pejabat ni. smbil hirup nescefe aku bercerita dengan acik singapore tu. bukan aku nak pujilah... acik singapore macam menenangkan aku banyak benda, siap bgi semangat dekat aku... thanks acik :))
syarikat ni, agak demand sebab dah lama bertapak dalam industri, so orang yang dia pilih sepatutnya yang berkaliber dan terpimpin. chet!
masuk ke syarikat dan perkenalkan diri, aku diberi sehelai kertas.... oouh? soalan bertulis pulak. tak pernah aku alami begini. soalan pertama yang ditanya berkaitan dengan isu kejuruteraan dan alam sekitar (isu popular kot sekarang) dan apa aku akan jadi dalam 5 tahun akan datang... eh?? aku nak jadi ape alien ke? hekhek. aku jawab dengan ala men-tibai dan terus je submit kepada acik penyambut. acik penyambut suruh aku tunggu untuk ditemuduga... neves-neves... 
akhirnya saat yang aku tak tunggu-tunggu ni tiba, masuk ke dalam bilik hawa dingin, tapi panas di dalam.... penemuduga tu gelar dirinya Kak CT. Peramah, tegas, independant. Ala-ala wanita koprat yang dalam drama melayu ada kat depan mata aku sekarang... waa, aku nganga mulut dalam hati... :))
macam biasa, lepas bg salam aku duduk. dan die cakap hasil karangan english aku teruk. walaupun aku ada isi, tapi banyak yang aku perlu belajar kalau aku nak kerja syarikat tu. beliau menambah lagi, kalau aku bekerja nnti... aku kena banyak membaca (saranannya) dan kata-kata paling mahal yang keluar dari mulut Kak CT 'If u wanna success you have to run instead walking' kalau kak CT buat buku psikologi, pasti setiap chapter terpapar kata-kata nie... wuhuuu.... 
ape-ape yang aku kutuk pun, aku kagum dengan kak CT ni, ibu tunggal yang sanggup bekerja siang dan malam membesarkan anak-anak. lagipun beliau perempuan dan boleh berdiri setanding dengan lelaki kan? hebat! kata-kata dia yang ala-ala condemn membina membuatkan aku berfikir smpai seminggu... apa yang aku perlu dalam kehidupan zaman melenium yang tercabar mencabar ni... thanks kak CT. 
syarikat ni belum lagi bagi jawapan, antara aku berjaya atau tak. masa aku temuduga, ada 2 orang lagi kawan aku yang aku kenal sama-sama berjuang. apa-apa hal... aku tak kesah sebab ni merupakan jalan rezeki masing-masing...

satu malam, sedang asyik aku lipat baju kat bilik tengah, mak panggil dan cakap, esok kita kena g kompleks diamond ada bbrapa company buat walk-in interview di Pusat Sumber Manusia dalam bangunan tu. memang kadang-kadang cari kerja guna ni berkesan jugak...
esoknya, mak paksa aku bangun awal (kesian mak). aku memang jenis anak yang bangun lambat dan buat dek jer ape orang cakap. so, dengan muka masam aku bangun siap-siap dan bergegas ke lokasi yang mak aku dok ulang 10 kali dri malam tadi. 
sampai-sampai, aku tengok orang dah beratur panjang smpai keluar... lagi sekali terdengar bebelan mak ibarat bait-bait lagu stacy smpai ke telinga. cerita bangun lambat tak habes lagi. 
aku terus je turun kereta dan diarahkan utk semak syarikat yang aku minat nak g oleh akak penyambut tetamu di situ. selak dan selak dan selak... aku hanya jumpa satu je company yang memerlukan khidmat seorang jurutera awam iaitu Radicare (M) Sdn Bhd. 
aku terus mendapatkan mak, mak bercadang utk balik dulu... dan suruh aku siap sedia tengok company background dekat internet. brilliant mak aku ! aku pun malas nak buat semua bnda ni... orang cakap, tak baik melawan cakap mak, kalau tu katanya mesti ada sebab. kan naluri keibuan memang kuat utk anak dia...
disebabkan sebelah petang tu mak dah g kenduri, aku g interview dengan kak ngah. alaahai... sekali lagi ade je aral yang melintang sebab tak print resume sebab semua kedai printer tutup pulak.....! terpaksa pegi ke tempat jauh untuk print resume tersebut...
aargh ~ jam menginjak ke pukul 3.15 petang, aku baru jer smpai ke pusat sumber manusia semula. sedangkan tulis iklan besar-besar interview tamat 4.00 petang. 
oh ~ hati aku gelisah, tapi aku tak tnjuk sangat. terfikir kalau tak sempat masuk, mak mesti bising. kesian dia, berusaha untuk crik kerja utk anak bongsu pemalas nie...
beberapa lama tunggu, aku pun check jam handphone, dah pukul 3.45 petang, tak semena-mena kak penyambut tetamu melaungkan nama aku. debar jugak melangkah masuk ke bilik kaca tu. lepas bagi salam dan senyum, aku duduk smbil meletakkan fail sijil dan thesis aku di atas meja (pertama kali kot, aku bawak thesis... kalau selama ni tak pernah nak bwak pun) 
aku ditemuduga oleh ncik lelaki dan cik perempuan. belum betol lg kedudukan fail dan thesis atas meja, ncik penemuduga dah mula dah.... 

ncik : ape ni?

aku : oh, nie thesis saye mase final year. kalau berminat tengoklah, kalau tanak pun takpe... (nada konon humble) 

ncik terus capai thesis aku dan selak-selak.

ncik : awak tulis semua ni?

aku : emm yelah saye tulis atas bimbingan pensyarah. bukan idea saye sorang (ahakhakhak taik lu, kaloo makcik bace entry nie mau muntah)

ncik : awak buat pasal apa? (gaya berminat)

memang silap besar lah ncik lelaki bertanya... aku memang akan jadi super excited bile bercerita tentang thesis aku smpai orang kadang-kadang bosan nak dengar kot... ahahahaha kesungguhan aku dalam thesis nie melampau-lampau kot.. 

aku : saya buat pasal bla 45 kali....

cik : untuk apa? (menyelah)

aku : sebenarnya macam ni.... bla 58.99 kali. 

sedaya upaya aku terang bagi ncik dan cik paham kan... lalu ncik bertanya lagi,

ncik : kalau awak nak bancuh konkrit utk rumah, berapa nisbah utk pasir dan simen?

aku : pendapat saya 1:2 iaitu satu kg simen bersamaan dua kg pasir.

ncik : pasti?

aku : pasti... (memang la, kan dah belajar dari menengah lagi, adooi)

ncik : kan pasir lagi berat dari simen, kenapa pasir perlu lebih? (nak uji aku seyh)

aku : emm bagi saya, simen nie bertindak sebagai pelekat kepada pasir dan batu... bla 76 kali (serius tak tau ape aku mengarut)

ncik : ok lah saya suka konfiden awak, dan nak panggil awak untuk second interview, awak boleh datang??

aku : saye takde masalah.

ncik : nnti saya akan call awak utk second interview selewat-lewatnya bla3.

END.

aku keluar dari bilik interview jam 4 petang dengan muka ceria merak mengembangkan ekornya... 

lebih kurang la.. hari tu pun aku pakai baju biru :))

terus ke McD berhampiran dan belanja kak ngah McFlurry sebab hantar aku dan berjaya. duit tak banyak pun time tu, ade rm10 jer dalam tangan.. ok la tu kan... :))

okla... interview kedua dekat Radifem (M) Sdn Bhd anak syarikat Radicare ni lebih tertutup sebab melibatkan hal-hal gaji, jawatan dan hal-hal syarikat. so apa yang aku boleh kongsi dia impress ngan aku. alaa orang yang sama jugak interview aku kali ni, takde banyak benda yang dia patut tanya kot. 
kesimpulan utk Radifem (M) Sdn Bhd, masih belum ada jawapan... ooh tidak!!

company kelima yang aku cuba nasib, yang nie betol2 aku panggil sebagai nasib. macam ni, kan aku jadi pembanci, hari isnin, hari pertama melaporkan diri, aku naek bas ke office tu. masa dalam perjalanan aku terbaca satu iklan sebesar alam kat depan bangunan yang aku nak naek untuk dftar tu.... Wan Asian Developer memerlukan arkitek, civil and structure engineer dan banyak lagi jawatan kosong. so, aku terus pick phone dan save no tu...
waktu rehat semasa taklimat bancian aku call, feedbacknye, aku kena datang sendiri ke company tu dan isi borang. 
nak dikatakan rezeki kot... hari rabu aku dapat pelepasan keluar dari pembanci utk buat KWSP, so aku lari kejap g Wan Asian nie... dengan mak aku...
aku masuk je terus isi form... lepas tu dah siap-siap dia cakap interview sekarang! aku pulak... eeh?? terpinga-pinga.... 
bos dia datang kat aku jer... tanya aku belajar kat mana dan cakap dia tak mampu byar gaji banyak tu... soo, aku cakap its ok... terus aku dapat kerja....
eeh? aku lagi terpinga dia takde soklan pelajaran kat aku... bia benar encik bos??

secara rasmi aku akan masuk sebagai pelatih kat Wan Asian hari isnin depan. 
wish me luck okey....

panjang dah kot cerita kat entry nie... mklumlah crita untuk anak cucu nanti... 
yuhuu....
chow 



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.