Pengikut (Blogspot)

Ahad, 25 Julai 2010

makanan kahwin...

heloo...

hari ni hari ahad, ujung bulan julai tahun 2010....  
bulan ni cuaca di malaysia boleh kata panas terik dan kadang kala hujan dengan lebat pada sebelah petang.
semakin hari waktu dan hari semakin menginjak ke hadapan meninggalkan usia muda kat belakang...
sedar tak sedar diri, aku ni agak tua sekarang...
umur pun orang cakap dah layak bela anak sorang, jadi isteri orang, jage rumah tangga.
oh alangkah bahagianya aku kalau hidup aku mcam aku harapkan tu sekarang...
anyway, malas nak serabutkan kepala otak ni, baek aku dok cool jer...
dan redha yang aku belom layak menerima insan yang bernama suami...
sebabnya masih banyak yang aku kena kejar dalam idop... ceeewah! (alasan untuk diri yang tak laku ni)

kenapa aku dok terfikir pasal nak kawen lak ni? actually aku baru je balek dari majlis walimatul urus, saudara sebelah mak aku, dok area gombak... perkahwinan yang dipilih memang aku tak paham la konsep ape... tapi ala-ala kampung, tema warna merah dan putih... gitu... 

yang paling tak best la kenduri ni... meja tak cukup utk duduk. semua orang take turn tunggu makanan... tu takpe la lagi... yang paling menyedihkan, ade seorang makcik ni, tersalah pilih tempat duduk vip. sekali dato' yang konon-konon dijemput sebagai tetamu undangan tu sampai... kiranya nak didudukkan kat tempat mak cik ni. aku yang perhatikan lama benda ni, baru je nmpak makcik tu duduk tak smpai lima minit makan. sekali ade la orang kmpung aku, aku panggil perempuan laser. perempuan laser ni cepat-cepat datang kat makcik tu, suruh makcik tu bangun sebab dato' tu nak duduk makan, bahasa ringkasnya menghalau makcik tu dari meja makan tersebut. tak tau la adat melayu mana yang ada state boleh halau orang yang sedang mengadap rezeki. yang pasti, dato' demikian, tak kesah pun makcik tu nak makan.... kenapa lah perempuan laser tu over sangat nak bg dato' tu duduk? aisyeh ~ memang menyirap betol darah aku tadi... but i can't do nothing... masih terbayang lagi, macam mane tergesa-gesa makcik tu minum air menghabiskan makanan berbaki dalam mulut, nak menitik air mata aku. ape rasenye kalau benda macam ni diperlakukan dekat mak, makcik or nenek korang? korang puas ati... kalau nenek aku yang kena tdi, aku balun perempuan laser ni dengan kerusi...!  dah la... kalau aku fikir lagi, makin laju je tangan aku ni nak menaip perkataan-perkataan carut, keji dan boleh mendatangkan dosa atas aku....

aku memang suke g kenduri kawin... mcam orang tua kan? tapi aku memang suke kan suasana meriah perkahwinan tuh... nak kahwin sendiri macam lambat lagi jer... sibuk nak cri jodoh tapi tak jumpa-jumpa... oklah, letak tepi semua benda tuh.... aku terfikir gak, ape yang best bagi aku untuk satu-satu majlis perkahwinan...

yang best sekali, perkahwinan orang melayu ni terletak pada makanan dan minuman. memang orang kita ni kalau menjamu orang bab makan, takyah nak ajar. memang serba serbi lengkap. selalunya kenduri kahwin memang bermula dari pagi hingga malam. memang jadi adat tuan rumah kena sediakan minum pagi dengan pelbagai sarapan untuk orang yang datang menolong pagi. kalau kenduri umah aku, aku memang suh mak aku order kuih sri muka banyak-banyak. spesel tau menu kuih ni, manis campur lemak beras pada bahagian bawahnye... kalau si hijau tu mencair lagilah uuummmmph ~! 

pergh~! mak, nnti kenduri kak ngah kita bantai kuih ni lg yer...

then, bila matahari mencacak naik, pengantin pun mula dup dap menunggu masa utk disatukan. tyme tu makan tengah hari dah mula hidang dah... dari kol 11 pagi lagi ada tercacak menunggu juadah istimewa tuan rumah. zaman dulu bak kata nenek, nak makan rendang daging tu tunggu raya or kenduri kahwin jer... sebab tahap ekonomi tak mampu nak beli. tapi skang takde lagi, rendang kalau g pasar tani tiap-tiap minggu pun dah ada jual dengan lemang sekali. betapa senangnye zaman skang nie menggemokkan diri, asal cukup duit, semua leh makan. bagi aku lak, juadah tengah hari memang memainkan peranan yang sangat penting untuk sesuatu majlis. bialah pelamin guna kerusi makan umah, bunga telur pakai bekas recycle, baju kahwin lak pinjam zaman mak kite punye... yang penting perot tetamu kenyang dan hati mereka pun puas dengan kita. padanan lauk yang aku suka mestilah ayam masak merah dengan pajeri nanas... wallah kalau dapat ngan nasi minyak panas memang sangat terbaik dri dapur.... masa tu kalau ada orang yang dri tadi dok usha pun membantutkan usaha diorang nak mintak no aku... lahap sangat... kehkehkeh. 


pajeri macam ni la idaman aku... atok aku yang introduce

sebelum diri aku tercekik, menikmati makanan kenduri dengan pantas dan tangkas, baeklah aku minum sirap kenduri. walaupun berjuta jenis air direka oleh chef stiap hari, sirap kenduri memang ade penangannya sendiri. rasa air gula berbau ros... ditambah dengan ais secukup rasa tekak... penghilang dahaga no.1 lepas berjemor bawah khemah weey~

botol perkasa. boleh hilang lepas minum. 
hilang ape?
hilang haus... :))


lepas jer makan menu utama, orang dok letak pencuci mulut. seingat aku zaman kecik-kecik buah oren ngan tembikai jadi trend time tu. sampai sekarang kot memang pegang title buah-buahan paling popular masa kenduri kahwin... 

jangan jeles, saye pegang title buah popular kenduri kahwin...

sejak-sejak zaman melinium ni, hidup dah senang, orang melayu pun dah stat pilih macam benda utk dijadikan pencuci mulut or kudap-kudap lepas makan tengah hari... yang paling aku berkenan  ialah cocktail... dengan niat tak menipu, ni budget tinggi ni... dan perlu ada orang jaga waktu serve... kena bijak pilih buah-buahan yang murah tapi sedap nak makan. huhuhu


bayangkan apabila susu sejat memenuhi ruangan buah-buahan
dan dimakan semasa cuaca panas gler....

selalunya acara makan tengah hari akan tamat jam 4.00 petang. seluruh ahli keluarga yang terlibat selalunya akan berkumpul dan mentapau makanan lebihan utk diberi kepada tetamu yang hadir tuh... masa tu la syok, nak basuh-basuh pinggan, baling-baling air semua... terbina lah ikatan kekeluargaan masa ni... peluang tu la sepatutnya keluarga tak boleh nak lepas kan... 

menjelang sebelah malam pulak, waktu pengantin main buka-buka hadiah. mase zaman along aku kahwin dulu, aku la yang paling seronok time diorang bukak hadiah... kalau keluarga besar-besar, makan malam diorang masa ni selalunya bbq dengan ahli keluarga... tapi aku bayangkan, alangkah bestnye kalau makan malam kita disusuli dengan sate... baru melayu beb~!

cantik pulak sate ni... nak makan malam kenduri leh? hehe

seronoknya makan....! sape lagi yang suke makan, meh gang ngan aku... g kenduri kalau tak makan sunguh-sungguh memang rugi la... mintak mahap la cakap kat cni... tak melayu la kaloo tak makan... hekhekhek.

** aku terfikir jugak ape lah yang best nak buat kat kenduri sendiri. 
** sape nak kaween ngan aku??? seronok nie...
























Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.