Pengikut (Blogspot)

Rabu, 21 Julai 2010

bila seorang diri, saye ceria




Helloo semua, selamat petang.


Aku baru je balik dari kerja… penat ke hari ni? Takla, biase jer… check orang buat apa, chop resit barang smpai dan update sub-con yang smpai buat keje. Tu jer… then aku tmbah kerajinan dengan tangkap gambar-gambar progress kerja… biar nmpak macam aku ni rajin buat kerja sikit. Ok, benda tu semua takda hal…

Sebenarnya aku ada masalah sikit dengan satu waktu yang bernama pagi. Ah, entri-entri aku sebelom ni pun sibuk nak crite betapa liatnya aku nak bangun dan mulakan hari aku. Tak kiralah apa nama hari sekali pun… hehehe. Hari beday agong yang berdaulat pun aku bangun lambat.. hekhekhek

Macam pagi tadi kan, punyelah sedap tido, dengan suhu bilik suam-suam menyamai 22°C… punyelah nyaman dan susah nak dapat. Lepas tu, ada pulak si kajang datang landing atas tangan aku dengan terasa panas badan dia melekap pada tangan aku… oh, bahagia! Susah nak bangun.

Bila jam dah tunjuk angka pukul 0730 am. Baru kelam kabut nak bangun, mandi, gosok tudung dan bla bla bla. Dah lambat nak ke site office. Nasib baek la aku kena g keja dekat Dengkil, mane ada kete pagi-pagi… layanlah kancil bawak 100km/j takde sape nak komplain! Stereng korang tersenget sekejap pun xde sape nak heran….

Ok, pendahuluan smpai tiga perenggan kosong memang nak kena cubit dengan Cikgu Fatimah ni (cikgu bm masa SPM) hehehe. Aku nak cerita untuk entri ni, pagi-pagi yang menceriakan hari aku, honestly, frankly, truly dan ape-ape ly lagi ialah radio dan lagu… astagfirullahalazim! Ingatkan al-quran tadi… hehehehe

Pagi-pagi dalam kereta, kalau tak dengar suare Farah, Faizal dan AG bukanlah kata tak bermakna, tapi mcam sikit suram adaaa~~~! Disebabkan aku ade penyakit bad mood bila bangun pagi, orang yang buat lawak akan ceriakan pagi aku. Bagi aku, diorang memang pro lah menjadi deejay sebab topik setiap pagi tak berapa serius dan ada gak pengajaran dari cerita-cerita pendengar. No wonder, skang ni Hot FM dapat jadi stesen radio no1 kat malaysia.

Mcam tadi cerita pasal Tak Dapat Terima Kenyataan. Alah, kita sebagai manusia kadang-kadang mana puas hati dengan apa yang berlaku kat sekeliling kita kan? Kadang-kadang susah nak terima kenyataan dari kes-kes terkecik seperti terberak dalam seluar, surat cinta basah kena nescefe kepada kes-kes yang agak menyentuh jiwa macam kehilangan orang yang tersayang. Semua tu macam lumrah hidup, ketentuan yang Maha Kuasa dan kadangkala sebab kecuaian diri sendiri.

Kalau aku smpai skang tak dapat terima kenapa PM Azirudin kedekot markah masa plant and machineries. Huhuhu, dah grad 3bulan pun masih terasa-rasa kepedihan hati jiwa bila tengok result subjek tu yang jahanam… tapi ape yang penting aku redha. Tu je penawar terbaek utk kita yang tak boleh nak terima kenyataan nie…

Semalam pnye isu lak menyentuh hal ~ status di facebook, adakah perlu semuanya diupdatekan… emm memang isu hangat untuk pemilik-pemilik akaun facebook. Sape takde akaun baek diam-diam jangan mengaku… sebab korang ibarat tak sosial la xde akaun fbook. Hekhek. Ade seorang pendengar call, dia cakap beliau tak suka baca orang selalu update status fbook cerita pasal nak makan ape, beli apa, minum apa… semua nak state kat status… ape-ape lagi berbaur yang beliau menyampah dengan orang yang suka update status fb setiap kali. Emm akak, meh sini nak cakap sikit… bukan nak gado, just kita perlu bukak minda sikit… orang yang bukak akaun fbook ni macam-macam orang, banyak orang banyak ragamla… kalau tak suka orang salu update status tu, hide ke, kutuk ngan kawan sudah… nak menyampah dan sakit ati pun buang karan jer… ni laman web sosial ma…. Ok, caller yang selepas tu pulak bercerita tentang seorang member beliau yang selalu sangat update status kat fbook, dan lepas 4bulan yang member beliau giler update status, tup tap meninggal dunia. Rupa-rupanya member beliau jadikan fbook sebagai medium nak kongsi perasaan sedih, gembira, sunyi dan ketakutan akibat penyakit apa aku tak ingat semalam. See? Aku dah cakap, fbook nie zaman la ni punye lifestyle yang boleh kita kenal ragam orang dengan lebih lagi… huhuhu. Nak puji sikit, deejay Hot FM tetap pandai maen emosi, lepas je caller tu letak talipon dalam keadaan sedu sedan diorang putar lagu Salam Terakhir nyanyian Sudirman Hj Arshad. Wallawey ~ air mata perempuan aku menitis, sambil memfreekan gear. Aku dah smpai opis da…

Ok, tu lah rutin aku setiap pagi, dengar radio ke pejabat smbil layan emosi keseorangan bawak kete. Thanks Hot FM, teman aku smpai opis setiap pagi.. Yehee…

chowz

** masa layan lagu percintaan, Jangan Bilang Tidak siaran tergendala la plak ~ area jalan masuk simpang Bangi ke Sg Buah tu… memang kat situ line tak clear setiap hari. Ape kes taktau… Spoil jer aku nak ingat secret admirer lama pasal lagu tu…

senyum waktu pagi kan baek? hehehe

2 ulasan:

  1. huhu...terharu...
    aku slalu gak update status...ko jgn menyampah dah laa...huhuhuh

    BalasPadam
  2. oit2 tanpa nama, aku pun salu update status... dun wory, b4 aku nyampah ngan ko, baek aku menyampah ngan diri aku dulu.. huhu

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.