Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 10 Julai 2010

hari ni isra' mikraj

hari ni aku keje jaga site... sabtu pun nak keje... 
tapi hari nie keje, takdela heavy sangat...
orang yang buat keje pun tak ramai...
so tengah hari hampir ke petang aku dok agak melangok...

aku pun bace paper metro... tu pun paper semalam...
semalam hari pertame jage site, memang tak dan nak bace...
sibuk kaki nk jalan-jalan tanpe henti...

anyway ~ sebelum terlambat... 
aku nak ingatkan diri aku dan semua yang hari ini bersamaan dengan 27 Rejab berlakunya antara mukjizat besar Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW dalam satu pengembaraan yang menjadi titik tolak ibadah solat yang wajib dikerjakan 5 kali sehari semalam ini. Salam isra' mikraj semua!

malaslah aku nak cerita sejarah yang semua orang dah tahu sejak dri sekolah rendah tu...

cume ade peringatan sikit yang aku bace dalam harian metro semalam....
menceritakan golongan-golongan wanita yang paling ramai disiksa dalam neraka Allah sewaktu di akhirat nnti... gerun wey~! aku bce pun, nmpak macam banyak bende yang boleh di tanda


meh aku share sikit... biar orang lain same-same gerun macam aku dalam site opis yang panas ala-ala neraka tuh.... huhuhu. dosa-dosa yang WANITA dan azabnya di neraka nnt: 

  • sape yang tak tutup rambut a.k.a aurat selaen dari muhrimnye akan digantung rambut dan dibiarkan otak serta kepalanya mendidih kepanasan.
  • sape yang suka menyakiti hati suami akan digantung lidahnya kemudian tangannya dikeluarkan ke punggung sambil dituangkan minyak panas ke dalam kerongkong. 
  • sape yang menyusukan baby orang lain tnpe kebenaran suami pule akan digantung buah dada dari punggung smbil dituangkan air dari pokok zakum ke dalam kerongkong. anyway aku xtau ape tu pokok zakum... wallahualam....
  • sape yang tak mandi wajib sesudah suci pulak akan disiksa dengan diikat kedua kaki dan tangan lalu dibelit dengan ular da 
  • sape yang berhias utk bukan suami pun disiksa dengan hukuman memakan badan sendiri di atas api yang marak menyala. astagfirullahalazim....
  • sape yang suka menunjuk-nunjuk barang perhiasannya pula akan dihukum dengan memotong badannya sendiri dengan gunting (dari neraka). 
  • siapa yang suka berbuat-buat cerita pula akan menyerupai kepala babi berbadankan keldai di neraka kelak.
  • sape yang memarahi suami dan melakukan fitnah atas suami akan menyerupai anjing. kemudian, ular serta kala jengking memasuki melalui mulut dan keluar melalui dubur.
ok la... malas nak cter panjang... walaupun siksaan ni tak terbayang dek akal manusia... tapi kita harus mempercayainya kerana termasuk dalam rukun iman dan apa yang bakal berlaku tu memang atas pengetahuan Maha Pencipta saje... Subhanallh....

last sekali, aku hope dengan mengingati isra' mikraj nie... aku akan sedikit insaf dan memperbanyakkan amalan supaya dapat hindari neraka. wallahualam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.