Pengikut (Blogspot)

Isnin, 26 Julai 2010

hari kahwin, indahnya

Heloo semua,

Buat pe korang? Aku macam biase la, baru je balek kerja…. Macam membuak-buak lak keinginan aku nak update blog tak tentu pasal. Saje nak share dengan orang yang sudi bace blog aku ni hekhekhek.

Aku nak cerita lgi pasal kahwin…. Islam menggalakkan perkahwinan, perkahwinan ni satu ikatan suci murni yang seharusnya ditempuhi oleh dua insan dengan rela dan kekal sepanjang zaman, bukan takat anak cucu jer…. Kesegala keturunan, dua insan tu masih bersama hendak-Nya. Insya-Allah.

Dalam satu-satu majlis perkahwinan melayu, kebanyakan orang nak dok bersanding atas pelamin…. Kalau ikotkan persandingan ni adalah adaptasi dari adat Hindu yang dah lama bertapak sejak zaman Melaka lagi. Menurut Islam, bersanding adalah haram jika mengandungi mantera dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan syirik pada Maha Pencipta kita. Astagfirullahalazim. Memang kita kena hati-hati dengan perkara sanding menyandingkan orang ni, silap-silap majlis yang memang sunat muakad jatuh jadi haram…. Pergh, sia-sia 30ribu melayang.

Aku sebagai perempuan memang akui, yang aku suka sangat dengan benda yang cantik ikot mata aku. Memang cantik ni subjektif. Mata orang memang lain-lain menilai cantik ni…. Aku ada dua orang kakak, yang taste dan kehendak yang berbeza. Aku lagi super weird dri diorang. Hehehehe

Ok, berbalik pada isu kahwin tadi, masa aku kecik-kecik, aku suke tengok pelamin. Rase macam nak dok sekali ngan pengantin jer…. Cantik kan? Ade kerusi dua bijik, satu untuk pengantin lelaki dan other untuk pengantin perempuan. Pengantin perempuan duduk belah kiri kan? Simbolik utk hawa dihasilkan dari belah kiri rusuk adam, ceceh…. Pelamin zaman skang dah moden, macam-macam warna ada…. Dah semuanye nak pakai tema. Kalau pakai tema garden wedding tuh, mestilah pelamin ala-ala kerusi Inggeris dan diletakkan bunga-bunga oversea di sekeliling. Ah ~ yang nie mmang bukan budget orang biase, kalau nak letak jugak, tanam la bunga awal-awal…. Baru jimat bak kata makcik. Tema kampung nelayan mcam ning baizura pun menarik. Dan aku membayangkan untuk menghias pelamin ala-ala istana melayu….. Wuhuuuu ! Botak kawen ngan aku kan? Kaloo nak lebih engineer, letak je kerusi atas scaffolding…. Baru mengancam! Bos aku mesti kasi free punye tak payah sewa wooo !

pilihla saye sebagai pelamin anda.... 

 Pelamin yang lengkap selalunya ada barangan untuk tepung tawar. Adat tepung tawar ni pun akan jadi satu adat yang syirik kalau niatnya tak betol.  Zaman skang ni kalau buat tepung tawar pun sebab nak kenalkan ahli keluarga pada pengantin baru dan untuk seronok-seronok jer…. Memang tak lengkap kalau nak menepong tawar tanpa bunga rampai yang wangeeee….. Sukanye bau daun pandan campur dengan ros idop yang diracik-racik halus. Baru rase macam kahwin kalau macam tu…. Letakkan dalam bekas tembaga. Kalau family yang baru ade anak yang kahwin selalu g borong kat Nilai 3 dan ade gak yang pakai nenek moyang punyer…. Aku ade impian nak beli semua alatan tepung tawar tu yang mahal sikit, sebab nak simpan utk anak cucu, berbaloi kah? Nnti aku fikir-fikirkan…. Hehehe.

hai, saye si wangee :))

Ade lagi, lepas jer seseorang tu habiskan tepung tawar dengan pengantin, ape lagi, hulurlah bunga telur dari pahar sebijik. Tanda penghargaan terima kasih, atas sanggup datang ke kenduri dan menebeskan diri untuk jadi tontonan menepong tawar pengantin. Indahnya adat melayu kalau diikotkan…. Tapi kenapa macam ada yang kurang hajar lagi?? (tuju kat diri sendiri, hukhuk). Masa along aku kahwin hari tu, pesaknya warna putih, warna bunga telur cucuk lak, biru…. Aku suke gak macam tu. Tapi apa kata zaman aku kahwin ni, cucuk bungan telor bukan gmba bunge lagi? Gmbar helmet CIDB ke? Hahahahaha, sume orang tau ni engineer yang kaween :)). Ok, yang ni aku tak serius…. Banyaklah duit korang nak menempah bunga telor ala bentuk helmet. Kem salam acik kedai nilai nak buat kalau tak rm5.00 sebatang.

bunga pahar mase cukur jmbul pezah hari tu :))


Saje aku nak wat haru kat aku nye karangan hari ni, kite reverse balik…. Sebelum pengantin dok atas pelamin. Diorang akan diarak kot. Yang ni ade mcam-macam adat. Kalau along aku kawen hari tu (kire adat aku la ni), simple jerp…. Abang syah tunggu kat tengah panas 5 min, dan along berjalan ke arah beliau dengan gaya jalan malu-malu dan sopan santun. Then, macam disatukan oleh pengapit. Masa time-time ni, tugas pengapit boleh dikatakan berat. Mau tak nye, tengah-tengah panas ni lah make up pengantin nak cair, tak dan lagi dengan kain pengantin yang labuh tu, sape nak control? Budak-budak sekeliling wat kacau, pengapit jugak nak kena handle…. Kan aku dh gtau awal-awal tadi, tugas ni bukan calang-calang orang leh handle. Korang leh? Aku tak…. Huhuhu. Tu kalau kena adat simple, kalau macam orang johor selalunye pengantin lelaki kena bayar tol dekat sedara mara before jumpe pengantin pmpuan. Yang part ni pun, pengapit jugak yang pegang duit…. Tapi kalau adat melaka lagi best, pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan diarak atas tandu… Gler gempak ni kawan…. Leh dapat panorama kalau dok tinggi sikit. Hekhekhek. Takat ni, tu je adat aku penah tengok, trase nak tengok adat tempat laen lak la…. Mcam kelantan, terengganu, sabah or sarawak…. Mesti ada kelainannye kan?

Masa diarak, ade satu benda, yang smpai skang aku tak paham kenape…. Benda tu kena ikot same, ke mane-mane pengantin pergi sebelom duduk atas pelamin, dok mengekor jer la benda nie dua bijik kat kiri dan kanan. Ape nye mastura? Bunga manggar lah…. Sungguh tak paham la aku…. Dah la kena beli ikot tema kaler majlis…. Habis betik sape ntah korban nak wat cucuk-cucuk bunga manggar ni…. Ade dua orang labour yang diperlukan utk pegang bunga manggar ni…. Bile pengantin dah dok atas pelamin, memang kesian nasib bunga manggar…. Budak-budak lah yang paling seronok. Semua nak mek sorang satu, dengan niat nak buat sepah la tuh…. Aish~! Kalau masa kenduri aku nnti, tak mo letak benda ni leh? Mesti mak aku kecik ati nnti, adat melayu tak leh ilang…. Pesan mak kat aku.

hehehe, meriah!


Penat gak aku membebel panjang bab hari kahwin ni, tak tau la perasaan korang yang bace lak kan…. Selepas jer pengantin disandingkan, selalunya acara makan beradab dilangsungkan. Masa ni, pengantin dan keluarga terdekat (selalunya keluarga belah lelaki) yang dapat dok menjamu hidangan istimewa kat meja beradab tuh…. Makan beradab aku ingat mase kecik-kecik dulu, diorang makan depan mendepan…. Upernye makan sebelah menyebelah lak…. Kmpius2…. Tpi bile nmpak udak goreng tepong yang dicucuk-cucuk atas kulit tembikai…. Aku terus jadi paham semua benda.



Sampai sini dulu la yerk ~ lambat lagi aku nak kahwin (ttbe). Chow!

** satu jer petua wat kenduri kahwin tu meriah, orang yang datang dan ahli keluarga yang tak lokek membantu…. :))
** betol ke, mase jadi pengantin tu kite neves smpai tak pandang orang len dah?? hekhek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.