Pengikut (Blogspot)

Selasa, 27 Julai 2010

cinta pertama

Helooo,

Kalau boleh nak setiap hari update blog aku. Baru aku rase mood dan perasaan aku cam terluah separuh. Takde la nak harapkan real paripari cumel nak dengar masalah aku. Beliau pun tengah sibukkan diri dengan kerjaya. Ni semua cinta punya pasat wooo….

Aku rasa kebanyakan orang yang dah 'jemu' bermasalah dengan cinta pun akan amek jalan sibukkan diri dengan kerjaya. Ape lah ada pada kerjaya yang statik dan rigid ni. Aku pun tak berapa pasti. Yelah, aku bukan matang sangat nak share pasal pengalaman dan pemerhatian ni. Still on learning lagi… aish….

Honestly, aku bukannya putus cinta. Sebab bercinta secara serius pun aku tak pernah.Cuma, aku sedih sebabnye, macam susah nak cari orang yang truly suka kat aku.  Persoalan yang aku sering utarakan pada Super K dan memang jawapan yang betol, tepat dan jitu ala-ala Gerak Khas ialah Maha Berkuasa masih belom tunjukkan lelaki yang berhak atas aku sepenuhnya lagi. Aku percaya perkara tuh 110%, sebab tu tak pernah wujud perkataan give up (walau aku selalu cakap kat orang aku give up) dalam diri aku. Semua yang berlaku pun ada hikmah-Nya, cume kite lah yang kena figure out sendiri….. 

Dulu, aku ade pakwe…. Yang betol-betol sayang kat aku. Umur aku mase tu 17 tahun, baru je lepas tamat SPM, ala gadis sunti yang ala-ala gedik nak bercinta.  Perkenalan aku dengan Abang K ni masa aku tinggal di Sungai Merab, rumah aku masa tu atas bukit yang tinggi…. Abang K tu pun duduk area tu jugak, datang rumah aku, dalam keadaan yang sangat kesian dan kelaparan. Mak aku cakap, 'Mastura, g dapo, wat makanan utk die ni, kesian lak.' aku tak bantah, aku terus je sediakan apa yang ada. Dan tersenyum aku, bila tengok Abang K makan dengan lahapnya.

Lepas je Abang K habis makan, aku mengiringi Abang K pulang ke rumahnya yang aku rasa tak jauh dari rumah aku. Selepas menyatakan ucapan selamat tinggal, aku pun berlalu untuk pulang semula ke rumah aku. Tanpa sedar, rupa-rupanya Abang K mengekori aku pulang semula ke rumah aku. Aku pikir dalam hati, 'takde rumah ke mamat ni?' tpi tak berani plak nak luahkan, sebab dri dasar aku dah nmpak Abang K memang jenis yang cepat kecik hati.

Mak aku plak, nmpak macam simpati jer ngan nasib si Abang K dan benarkan Abang K menetap kat rumah kitorang. Abang K memang baik, tak pernah nak buat sepah kat rumah aku, tak pulak bergadoh dengan orang dan yang paling penting sekali Abang K tak pernah nak memilih makanan, terima ape je segala masakan yang keluarga kitorang mampu bagi.  Tu yang buat satu keluarga aku sayang sangat kat Abang K.

Dah 3 bulan masa berlalu, aku pun tak sedar yang hubungan aku dengan Abang K bertambah rapat. Semua rasa isi hati, sedih dan gembira pasti Abang K yang tahu dulu. Abang K ni pendengar setia. Kalau aku cerite, walaupun panjang berjela dan semuanye mengarut Abang K tetap dengar kadang-kadang nmpak iras senyum pada wajahnya.

Abang K nie caring tau, masa aku merajuk dengan mak sebab tak nak bungkuskan aku rendang masa nak balik asrama, Abang K datang kat aku, dan sapu air mata yang mengalir dan pujuk kesedihan aku. Aku pun rase terpujuk dengan Abang K dan kasih sayang aku kepada Abang K semakin bertambah.

Teringat aku suatu peristiwa yang lucu pasal Abang K, kulit Abang K sensitif dengan makanan laut macam sotong, udang, kerang dan ketam. Tapi Abang K ni degil, semua makanan tu jugak lah yang jadi feveret Abang K. Ada satu hari tu, ayah aku belikan kak ngah nasi lemak kerang. Kak ngah pulak geli nak makan kerang. So kak ngah pass over kerang pada Abang K. oh, Abang K, biase lah…. Mane nak menolak makanan…. Lepas jer habis makan kerang tersebut, telinga Abang K membengkak, kelakar giler muka Abang K dengan telinge mengerutu tuh….

Belum sempat mak bawak Abang K ke klinik, Abang K tiba-tiba menghilangkan diri. Masa tu, aku dah tak gelak lagi. Aku cari jugak Abang K, tapi tak jumpe. Hati aku mulai resah, mane pulak sayang aku bawak diri ni? Takkan merajuk dengan aku pasal benda simple macam ni kot….

Hari pertama, aku masih cari Abang K, aku laung nama Abang K dan tanya pada jiran tetangga. Hanya gelengan jer di muka muki jiran-jiran aku. Aku kecewa. Aku terduduk dan menangis. Aku mula rasa bersalah dengan diri sendiri. Hari kedua, aku masih mencari Abang K. selera makanku juga semakin berkurang. Aku mula menyalahkan mak, kerana lambat membawa Abang K ke klinik. Cinta memang segalanya bagi aku masa tu. Keesokannya selepas sembahyang subuh, Abang K, menyelinap masuk ke rumah aku. Ooh, akhirnya Abang K pulang. Rupa-rupanya Abang K pergi berubat dengan bomoh kampung selepas hutan di belakang rumah aku. Kesannya, telinga Abang K bersih dari kesan-kesan kudis akibat tersalah makan kerang.

Sejak hari itu, kitorang sekeluarga memang berhati-hati terhadap gizi makanan Abang K. Takot penyakit Abang K menjadi teruk dan Abang K lari dri rumah lagi. Huhuhuhu.

Sedar tak sedar, dah setahun Abang K tinggal kat rumah aku. Walaupun Abang K sunyi, tapi ada jugak ayam jiran jadi teman. Aku ngan kak ngah memang suka usik Abang K. selalu kitorang selubung Abang K dengan selimut, biar Abang K lama-lama dalam tuh…. Tapi Abang K tak pernah marah pun, Abang K layan kan ajer…

Abang K pun sangat manja, walau aku balik bercuti, Abang K akan habiskan kebanyakan masanya dengan aku. Kalau malam-malam mesti tidur dekat lengan aku. Tak pun akan beralih ke kaki kalau Abang K dah bosan. Pernah satu hari tu, aku bawak paripari cumel datang rumah, sebab nak habiskan masa cuti sama-sama. Abang K cemburu, sebab aku habiskan masa dengan paripari cumel lebih darinya. Ape lagi, Abang K tarik muka masam dan masa nak tidur, Abang K mula menyempit antara kami berdua dalam ruang yang sempit. Ah, Abang K memang sengaje nak carik pasal la ni…. Aku sangat geram, lalu menjentik dan menghambat Abang K pergi. Termangu-mangu Abang K diperlakukan macam tu secara tiba-tiba. Lepas je paripari cumel balik rumah, aku pohon kemaafan dengan Abang K. memang susah nak pujuk perasaan Abang K, yelah mesti la pakwe nak tunjuk ego sikit dengan makwe die kan. Takpe, aku paham. Aku slow talk dengan Abang K, cube terangkan keadaan sebenar dan aku wat helah masakkan ikan rebus feveret Abang K dan bagi Abang K makan. Huhuhu.

Lepas je habis matrikulasi, aku dapat tawaran smbung belajar kat selatan tanah air. Sepertinya aku akan tinggalkan Abang K dengan lebih lama lagi. Aku cuba compliment Abang K, jangan risau, aku akan belajar sungguh-sungguh dan takkan lupekan Abang K. kebetulan pulak mase pendaftaran aku ke UTM, mak dan ayah pun bercadang nak pindah umah baru, tapi aku tak risau sangat sebab Abang K ikot samee… hehehe. Boleh la Abang K tengok-tengokkan keluarga aku kat rumah baru.

Kehidupan aku sebagai freshie tak la mencabar sangat, tapi Abang K tak pernah aku lupa. Setiap kali aku panggil masuk ke rumah, aku dan Abang K pasti lepaskan rindu, aku selalu cakap kat Abang K, aku ok duduk kat tempat baru dan aku selalu ingatkan diri Abang K supaya jaga diri sendiri tanpa aku. Abang K memberi signal setuju dengan kata-kata aku.

Sepanjang aku takde di rumah baru, kak ngah sangat membantu Abang K dri pelbagai segi tapi kerjaya Abang K, kak ngah memang tak boleh halang. Kini, Abang K dah jadi kaki pukul dekat kawasan perumahan kami. Sesiapa saje yang carik pasal pasti akan dibelasah kembali oleh Abang K. Kitorang semua malas nak masuk campur atas urusan mafia memafia Abang K. Bagi kitorang, asal Abang K pandai jage diri dan keluarga kitorang selamat, semua benda yang Abang K buat xde hal….

Menjadi ketua mafia sebenarnya berat, kena bertugas sepanjang malam. Risau port nnti kena kebas dengan mafia lain. Semenjak hari tu, Abang K jarang ade kat rumah. Sibuk dengan bisnes mafia ape ntah, memang tak tercapai akal aku nak fikir ape bisnes yang diorang wat… adeh…. Hubungan aku ngan Abang K mase tu agak ade masalah. Yelah, cinta jarak jauh memang macam ni, jarang jumpe bertekak lebih. Lagipun aku dah benarkan Abang K memilih cara hidupnya sendiri.

Bila aku balik bercuti, hubungan aku dengan Abang K ok-ok aje la…. Walaupun aku marah dengan Abang K mase tu, aku tetap belikan Abang K sundae chocolate dr McD. Memang Abang K suka manis, smpai je rumah aku terus suapkan Abang K dengan sundae tersebut. Selalunya macam ni la kitorang nak lepaskan rindu lame tak jumpe. Hehehe.  Mase tu jugak Abang K tunjukkan anak bininya dengan aku…. Aku pasrah dan redha, cumel jugak anak-anak Abang K. semua pun ikot rupa dan paras Abang K. hati sakit aku terubat tengok anak-anak Abang K yang cumel.

Waktu pun kian berlalu, dan aku dah dua tahun bergelar mahasiswi UTM. Percintaan aku dengan Abang K dulu dah lama aku lupekan…. Apa yang tinggal antara kami ialah persahabatan yang memang akan kekal sepanjang hayat masing-masing. Aku masih berhubung dengan Abang K.

Suatu hari, kak ngah menelefon, memberitahu aku berita yang Abang K sedang derita penyakit barah perut. Tambah kak ngah, setiap kali Abang K makan, makanan tersebut mudah cerna dan akhirnya keluar sebagai taik dan abang K akan lapar sentiasa. Lalu, talian beralih ke Abang K, aku bertanyakan keadaan sendiri kepada Abang K. Tapi Abang K diam seribu bahasa, tanpa menyahut sebarang panggilan aku. Yang kedengaran hanyalah bebelan kak ngah ' tadi merungut sangat, dengan mastura diam pulak!' Sebelum mematikan talian aku sempat berpesan supaya, walau ape pun terjadi, Abang K mesti tunggu aku. Jangan ambil keputusan melulu nak tinggalkan aku tanpe pasal.

Disebabkan cuti semester dan perkahwinan along aku bakal berlansung, aku pun pulang ke rumah. Mase aku smpai di rumah, aku lihat keadaan Abang K seperti kritikal. Badannya yang agak berisi sewaktu sebelum aku tinggalkannye kini tinggal rangka tulang di bahagian perut. Semasa duduk di katil, Abang K menghampiri aku. Aku dukung Abang K dengan kasih sayang. Aku cakap, aku akan jaga Abang K selagi hayat. Aku mintak maaf dengan Abang K segala khilaf aku pada Abang K. Abang K hanye tersenyum pada aku. Pada raut wajah tu, aku rasa Abang K dah maafkan aku dan seperti redha Abang K dah tak lama lagi kat dunia ni. Aku usap-usap badan Abang K dan akhirnya Abang K tertidur di pangkuan aku.

Sepanjang tempoh kenduri, aku mempunyai dua tanggungjawab ~ ke atas kenduri dan memberi perhatian pada Abang K. Abang K resah, melihat orang ramai berkumpul di rumah aku. Mungkin pada fikirannya, keluarga aku ingin pindah sekali lagi. Setelah selesai kenduri along, keadaan Abang K semakin nazak. Najis makin senang keluar dari perut Abang K, aku redha, aku bersihkan segalanya dengan titisan air mata tak henti.

Suatu malam, sebelum hari Abang K meninggalkan kitorang semua, Abang K buat perangai pulak (macam buang tebiat) berak dekat hujung kaki katil aku tengah-tengah malam. Aku dah tak marah pada Abang K lgi, tak banyak cerita, aku terus cuci sisa tu dan masuk tidur, Abang K amek portnya kat ujung kaki aku.

Keesokan harinya, selepas sarapan Abang K menyelinap ke bawah tempat sidai baju mak dan baring di situ. Mungkin tu tempat paling selesa untuk Abang K untuk menahan rasa sakitnya. Aku biarkan saje…. Mak pulak melawat Abang K. Mak urut-urut Abang K, suruh Abang K banyak bersabar. Kitorang semua tau, nyawa Abang K dah tak lama….

Jam dapur rumah aku, pada masa tu, menunjukkan angka 5 petang. Mak pun baru saje melangkah kaki masuk ke rumah. Tibe-tibe terdengar erangan sakit dari bilik mak, suara Abang K…. Kitorang bertiga (mak, aku dan kak ngah) bergegas. Kak ngah mengambil sangkar. Dan tempatkan Abang K dengan baik. Erangan Abang K semakin kuat. Kitorang hanya mampu menangis dan beristigfar utk Abang K. Aku terus mengambil keputusan membacakan suratul yassin utk Abang K, supaya dipermudahkan segala urusannya dengan Maha Pencipta yang berkuasa atas segalanya. Selepas 2 jam tempoh sakaratul maut, Abang K pergi. Tinggalkan kami sekeluarga selama-lamanya.

Sebulan aku canggung, hidup tanpa Abang K. tapi aku tetap redha, aku yakin Abang K memang kawan yang baek, sebab sanggup menunggu aku sebelum meninggalkan dunia yang fana ini…..

Ok, aku kenalkan kepada semua, kucing a.k.a pakwe aku, iaitu Abang Kecak.




** gotcha…. Ni lah pakwe aku kiut kan??? Saje wat gile jadikan kucing aku pakwe….
** lagi satu, aku tak mampu nak biaya peruntukan perubatan utk si kecak.
** kalau korang perasan, kat dahi Kecak ni ade kalimah Allah. Masa hidup die aku tak pernah sedar, dah mati baru aku tersedar. Subhanallah!

Sebelum aku chowkan diri, bagi korang tengok betapa indahnya hubungan manusia dan haiwan. Subhanallah again!







Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.