Pengikut (Blogspot)

Khamis, 22 Julai 2010

bahasa jiwa bangsa

Helloo semua,

Hari ni aku rase nak cerita banyak benda, so aku menulis lagi. Hari ni cuaca mendung je kat site, nak kata hujan, tak jugak. Awan kelabu cepat-cepat berarak ke arah barat dan berkumpul untuk membentuk awan berat dan merembeskan cecair yang menghasilkan hujan. Wah, apa punya perumpamaan la yang aku sibuk dok kata kan nie… Hehehehe.

Kalau korang nak tau crite best, hari ni site opis aku didatangi oleh site engineer baru dari Iran. Suka-suka bos aku je yang amek die keje. Bos aku kan memang jenis yang suka suki. Soo, aku layan je la.  Lately aku banyak nmpak pak-pak arab dekat area bangi. Most of them memang student UKM. Ada yang amek gambar dengan durian dan yang aku paling tak sangka pulak yang hari ni ade student master nak kerja dengan wan asia ni… kata ncik arab ni, die nak futher PHD dekat sini, so ncik Arab memang decide nak kerja sebelum sambung PHD. (bak kata ncik arab kat aku la)

wallahwey, memang susahkan aku betolla… dah la aku tak paham bahasa inggeris die… die pun tak paham bahasa aku… Si Awan dah lari, tinggalkan aku ngan ncik Arab ni suh aku completely crite pasal site yang aku jaga sekarang… aduhai… dah la aku bukannya pandai sangat nak terang dalam bahasa inggeris. Merangkak-rangkak kepala otak aku crik word utk aku bg die paham sudah… lagi bagus kalau takde soalan utk aku… ahahahaha

Lepas je aku habis terangkan segala macam yang aku tau kat site, aku pun biarkan ncik Arab terawang-awang sendirian. Biarlah beliau berjalan-jalan sendirian. Aku malas nak masuk campur… Ceiling pun tak tau benda, susah kot aku nak terang kat dia… Ni pulak Awan nak terang kat dia. Memang masalah. Aku hope beliau tak duduk satu site dengan aku. Memang masak aku kalau beliau semak di sini. 

Kelemahan aku berbahasa inggeris memang jelas nyata tadi. bang Anang dan bang Toyo yang sedang ikat batu kekek-kekek tengok aku…. Cibai! Kan dah keluar ayat Tobu aku kat cni… lepas ncik arab memblakan diri beliau, aku suka-suki aku kutuk ncik arab dengan bang Anang, kira macam mengadu naseb malang aku la… susah betol nak communicate dengan orang yang tak paham bahasa yang kita paham. Seb bek la dik Ramjan, Bayam, Ali dan bangla lain tao cakap malay, kaloo tak parah. Seb bek jugak rambutan and other thai man paham ape yang aku cube cakap dan aku paham cakap diorang. Dan bertambah naseb baek, pekerja bos ramai indonesian yang aku terang-terang boleh buat lawak dengan mereka-mereka.

Punyelah susah aku nak buat lawak dengan ncik Arab sorang ni. Percakapan macam terbatas. Padahal banyak benda yang aku nak smpaikan kat die… ncik arab pulak tadi, macam mati kutu dalam site opis, die bantai tido… memang nak kena betol dengan Awan… aku malas nak mek tau pasal die…sebab pembawakan diri kat site ni memang hak individu…

Stiap kali aku g check site tadi, abang-abang indo sibuk tanye tu siape, macam mane nak cakap dengan ncik arab tersebut. Pastu diorang bantai gelak-gelak. Aku tak tau macam mane kredibiliti aku tadi, lgpun xde sape nak evaluate eh…!

Sekarang aku salute semua lecturer UTM yang selama ni bertungkus lumus jugak la, improvekan bi aku dengan menyelalukan (ade ke ayat ni? Hentam!) pembentangan dan report dalam bi. Sebab semua term yang aku belajar aku guna sehabis baek untuk wat penerangan pada ncik arab tadi. nie yang sayang UTM lebey ni…

chowz.

** teringin nak belajar bahasa jawa ngan bang Toyo dan bang Anang, boleh ngak??

alangkah bagus kalo mamat ni yang datang tadi, leh aku suh nyanyi ke... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.