Pengikut (Blogspot)

Khamis, 22 Julai 2010

aku sayang same kancil mak aku...

Hello semua, selamat petang…

Biasalah menulis entri lepas balik kerja, ni pun masa aku nak hiburkan diri sendiri.
Pagi tadi, aku macam lambat bangun. Aku sendiri terfikir, pukul berapa aku harus tidur ni? Sebab memang ade masalah nak bukak mata pada waktu pagi.

Aku bangun lambat pagi tadi, sebabnya aku mimpi punyelah ngeri, aku punye pemutar gear tercabut…menggerunkan. Cepat-cepat aku bangun.  Lupekan mimpi, perlu lupakannya…. Hehehe

Bila aku dah lambat bangun, utk smpai ke pejabat awal, aku memang terpaksa memecut. Semua orang pun alami benda yang sama macam aku. Saje nak gebang kat sini. Hekhek. Ada satu traffic light ni, terpaksa la berhenti bila lampu kuning dan kelip-kelip, dah jarak kereta jauh dr garisan putih ~ janganlah buat-buat tak paham sis… ngehngeh.

Bila nak berjalan balik, ade lah seekor kancil maroon belakang aku ni, tak sabar menyabar. Bukannya kereta aku mati enjin pown. Rilek la bro.. Gear satu mane leh laju-laju tekan minyak (alasan orang tak pandai bawak keta). Si kancil maroon ni tibe-tibe nak potong aku tak memasal… ek eleh ~ jalan ada 2 lane kosong. Pandai-pandaila pilih jalan kalau nak laju… kan? Yang nak masuk jalan aku gak kenape? (huh, marah bunyinye). Wehehehe.

Ah ~ aku tak kire, aku pun pecutlah (sebab dah tau kat ctu jalan lurus panjang), tukar gear 2, weeennnng, gear 3, weeennnnnnnnng, dan finally gear 4 wengwengweeeeennnngggggggg….. Dengan kelajuan 100 ke 110 km/j aku memotong kancil merun yang tertinggal jauh di belakang… kahkahkah. Padan muka ko. Sape suh carik pasal ngan aku…

Cewah ~ entri berbaur menunjuk dan belagak diri pulak mastura? Emm tak delah nak menunjukkan sangat. Tapi aku sendiri kagum dengan diri aku yang bodoh bwak kereta ade keberanian macam aku yang tadi. Ingat senang nak dapat ke?

Teringat aku dulu-dulu aku tanak bawak laju. Baru laju 60km/j dah rasa melayang. Yelah mase tu aku benci dengan aksesori yang namanya stereng. Aku cukup lemah tang ni. Tak caye tye abang zali (driving teacher aku). Ckup die nak ketok-ketok tangan yang keras memegang stereng. Dah la keras, kaku, action pun lambat. Memang boleh bawak eksiden ko…! Tp aku tekad, nak belajar. Sebab aku seorang site engineer, takkan nak mak hntar aku dan amek aku kat site setiap hari. Nnt wat kena gelak dengan tobu dan kongsikong jer… sia-sia.

Aku amek kelas tmbahan belajar kereta… belajar 2 jam, RM100 duit ayah aku melayang. Terok kan aku? Tpi alhamdulillah… Terima kasih la kat pakcik tu, ajar aku konsep pegang stereng yang betol. Smpai skang aku amal kan. Dan boleh kata semakin mahir dan selamatlah dengan gaya gitu, letakkan kedua-dua tangan dekat atas dengan cara genggaman lembut tuh… sesuai utk orang kaku macam aku.

Emm lagi satu sebab dulu, kenapa aku tak reti bawak kereta, sebab aku tak paham ape itu kereta. Dan aku takde rase perasaan sayang pun kat kereta, ibarat kasih sayang aku kat lappy yang barai ni or hphone aku yang layak campak lombong tuh. That's why, aku tak mengerti kegunaan sesuatu aksesori dengan detail dan kelebihan diorang. Sebabkan aku semua pun tak tau dan tak konfident dengan ape yang aku gerakkan, tekan or pusingkan. Yeah ~ That's the major problem I can see.

Oklah, masa menulis entri ni sebenarnya perasaan aku berbaur-baur. Ade bangga diri, ada gembira, ada sedih, ada terharu dan ada sedikit takot dengan sebuah kereta. Tipulah kalau aku cakap aku dah konfident 100% bawak kereta. Semua orang salah bab ni. Its just an improvement yang aku nak share. Sekarang nie konfident aku adelah dalam 60% kot jika dibandingkan dulu aku punye konfident level ada di tahap negatif. Hekhekhek.

Thanks kepada ayah dan mak lah ~ terutamanya sebab sanggup mengeluarkan duit yang banyak utk aku pandai memandu seperti hari ni. Ayah aku walaupun bengang tetap tak bising banyak-banyak. Ok la tuh. Mak pulak yang dalam keadaan risau sanggup lepaskan aku sendiri bawak kereta, dan setiap setengah jam akan update call kalau aku memandu. Tapi biarkan aku sendiri, belajar. Sebab aku tak macam orang lain kalau driving, sangat membahayakan orang lain. Sebab mak nak jugak aku dapatkan skill tu, mak lepaskan aku ibarat anak burung yang memang sepatutnya belajar terbang sendiri… Bila aku langgar kereta orang pun, diorang tak bising banyak dengan aku. Dan bagi semangat lagi utk aku terus bawak kereta. Thanks all~

Smpai sini dulu entri aku… Cerita pasal kereta lagi tak habis-habis sebab aku gian nak bawak kereta… Sape-sape boleh ajar aku beberapa teknik parking? Aku cukup lemah tang tu. Hehehe.

** hidup ni kadang-kadang aku kena bergerak, tnpa gerakan pertama yang gagal taklah wujud gerakan kedua yang berjaya… cellamakz!
** sape-sape yang ada masalah fobia bawak kereta macam aku jangan takot nak mulakan langkah pertama ok… baca doa banyak-banyak. Insya-Allah, tuhan tolong korang! Aku hope orang yang tak reti bawak kereta macam aku, bersemangat bila baca entri ni ok... :))

faizah pun dah pandai pegang stereng ngan betul tau
mak su, mak su 




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.