Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 25 Jun 2010

'kami tak gang' terang gula dan minyak kepada wartawan

hello semua, assalammualaikum

esok dah sabtu. sabtu lepas, aku dengan Puan Mak pegi pasar. pasar favorite kitorang anak beranak, Pasar Seksyen Satu, Bandar Baru Bangi. ade korang singgah? 

sebagai perempuan yang hampir tulen, aku mengaku aku suke pegi pasar. nak tau sebab ape? sebab kat pasar boleh jumpe macam-macam bahan makanan pelik. belum tentu sayur asparagus ade satu jenis. dan sape cakap ikan yu tak boleh makan kan? kalau aku ketengahkan bakat pergi pasar ni sejak zaman kanak-kanak, mungkin aku dah bergelar Sanji sekarang. 

dari kecik Sanji dan main lambung-lambung tu
bile sampai pasar la kite akan jumpe barangan segar. terutamanya sayur-sayuran. kalau tengok hijau die, pergh kalah muke Aaron Aziz die punye kedamaian. hahaha.


kite tetap musuh. ingat tu!
setelah terpana pada kehijauan sayur-sayuran yang mengundang kepada masalah pembaziran kritikal kalau dibeli, hati aku terpaut pada satu jenis serat yang berwarna kemerah-merahan which are keledek merah yang disusun berlonggok-longgok di atas hampar kedai hujung sekali paling kiri dalam pasar tu. tambahan pulak, masa tu ade cahaya matahari yang membolehkan warna kemerahan itu bersinar-sinar dan memikat jiwa lara seorang perempuan cantik seperti aku. 

Ini memang sedap!

info pasal keledek merah. check it out yo ~!
  1. nutrien yang terdapat dalam keledek adelah paling seimbang antara semua jenis sayur kerana mempunyai gula, karbohidrat, protien, vitamin A dan C, besi, dan kalsium yang diperlukan oleh tubuh manusia setiap hari. 
  2. nilai kalorinya adalah rendah iaitu sebanyak 130-160g untuk sebijik keledek yang bersaiz sederhana.
ini bermakna. keledek merah boleh dijadikan hidangan utama. kalau makan keledek merah yang sedang-sedang saje itu saiznye sudah cukup untuk diet seimbang tanpa memerlukan tambahan makanan lain untuk satu tempoh masa tenaga. 

panjang lebar pulak explain. mase kat pasar tu, Puan Mak sebagai pakar nutrisi dan pemakanan rumah menasihati aku untuk mengambil tiga biji keledek merah dengan bayangan ini rebus dan makan cicah gula. tapi lain pulak bayangan aku. nak tau ape? teruskan membaca...! 

hari ni adalah hari penentuan antara aku dan keledek. gilak ah. aku bosan. lauk pauk untuk Ncik Ayah makan dinner nanti dah tersedia. aku pun keluarkan keledek tersebut dari freezer rumah aku. 

kemudian, aku rebus keledek merah dalam periuk dengan kondisi api yang agak besar dan stabil untuk membolehkan keledek ini lembut dan mudah dilenyek. 

selepas 30 minit masa rebusan, keledek merah sudah tersedia untuk di-tos. aku bergegas mencari tapisan yang sesuai dengan kandungan keledek yang perlu di-tos sebelum kerja-kerja robekan kuit keledek itu dilakukan. 

setelah dipastikan benar-benar sejuk, ku robek-robek keledek ibarat Kajang mencakar-cakar sofa milik Puan Mak. kini hanya tinggal, keledek merah togel yang dengan rakus dilenyek oleh pelenyek aluminium lubang-lubang yang telah 10 tahun membuat jasa pada rumah ini. tak cukup dengan itu, pabila si pelenyek menggagalkan fungsinya aku mencampak pelenyek dan menggunakan pelenyek semulajadi kurnian Allah SWT kepada manusia (tangan aku da) untuk menyambung kerja-kerja tersebut sehingga serat tersebut lumat sebelum ditempek tepung. 

keje aku nak mudah. ape-ape hal dalam hidup ni ade measurement. aku bayang yang aku ingin menikmati kandungan keledek maksimum yang nemerlukan kandungan tepung yang sedikit. lebih kurang 30% dari jumlah keledek yang terdapat dalam dalam sebatian. barulah rase site engineer bile bagi penerangan macam ni dok?

bile tepung dan keledek sudah sebati dan cukup kekuatan dan kelikatannya. aku terus membentuk doh kuih keria seperti selalu terdapat pada gerai-gerai berdekatan rumah aku. bentuk punye bentuk. kejap besar, kejap kecik. finally aku dapat hasilkan sepuluh biji kuih keria. jadilah jadi celah-celah gigi semua orang. hahaha. 

okey, cerita pembuatan kuih keria tu saje la nak beriye advice semua orang macam pandai. tapi ade satu benda jugak yang bengap kat sini. 

keledek sudah siap digoreng. tapi gula salut masih samar ilham dalam kepala. macam mane nak jadikan gula pasir menjadi serdak besar-besar orang lain buat. 

aku punye idea. langkah pertama; ambil kuali. langkah kedua; masukkan minyak. langkah ketiga; masukkan gula. sekian.

Pelik kan? Tauu pun
selepas beberapa minit menggoreng, aku nampak simptom lain dalam kuali tu. tak nampak macam Puan Nenek selalu masak. hati gusar dan cuak melihat letupan-letupan kecil berlaku dalam kuali yang bersuhu ++100 darjah celcius itu.

aku terus berlari ke dalam bilik belakang, mencapai telefon mencari bantuan. mendail nombor telefon atas hak Puan Nenek punye rumah. hati dup dap, sedap kuali yang ber-gula-minyak meletus-letus di dapur. 

talian ditunggu seberapa lama untuk dijawab. mungkin keadaan kaki Puan Nenek yang sudah lanjut usia melambatkan pergerakan beliau ke telefon. setelah seketika, Puan Nenek ditalian dengan sapaan Hello.

Aku : Neeeek!!!!!!! (menjerit)

Puan Nenek : Emm, Ketot

Aku : Macam mane nak salutkan gula kat kuih gelang? (tanpa intro)

Puan Nenek : la.... (kecewa), amek gula, amek air panaskan kuali.

kemudian, bermonolog aku seperti... air rupenye???

sayup-sayup dengar suara Ncik Ayah menjerkah dari dapur memanggil nama aku dan berteriak 'Nak bakar rumah ke?'

hek eleh. aku tau aku ade sejarah. tak payah la nak ulang sepuluh kali. bentak aku dalam hati dan terus bergegas ke dapur.

hari ni aku baru tau yang GULA dengan MINYAK takkan gang. sampai sini dulu. chow.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.