Pengikut (Blogspot)

Rabu, 12 Mei 2010

cikodok labu

satu petang yang suram,Cik Mastura nie baru balik dari hang out dengan kawannye, Cik Fariza. sesampai di rumah papan milik Puan Nenek yang rajin memasak, tibe-tibe beliau ternampak neneknye sedang asyik menggentel tepung dan keledek nak buat kuih minum petang di beranda rumah... 

wah, makanan?? detik dalam hati Cik Mastura, tanpe berlengah beliau menghampiri nenek. sambil duduk mengintai adunan dalam besen bilik nenek, dengan berbasa basi pun, Cik Mastura bertanya;

Aku : Buat kuih keria ke nek?

Puan Nenek : A'ah, tak chantek la keledek merah ni nak buat kuih... 

entah dari mane, Cik Mastura mendapat idea yang agak sengal dan terus bertanya;

Aku : Nek, kalau keledek nie ganti dengan labu boleh ke jadi kuihnye lagi?

Puan Nenek : Boleh, ape tak boleh pulak (nada malas nak layan)

end. kuih keria makanan petang hanya memerlukan masa setengah jam untuk dihabiskan dari masa menggoreng selesai. nyummmmi~!

tapi Cik Mastura ni memang degil. dah la tu, sengal pulak tu... masih terbayang-bayang di minda beliau. bagaimana rupa kuih keria labu yang konon-konon akan jadi inventors pada bidang masakan satu hari nanti. perasan ~!

bile balik ke rumah Puan Mak, Cik Mastura dengan gaya excited buat permintaan pada Puan Mak nak goreng keria labu. Puan Mak memang sudah masak dengan perangai anak bongsu beliau yang perasan pandai dan mengada-ngada ni. selepas seminggu, cerita keria labu ni asyek diperdengarkan, Puan Mak mulai bosan. Balik je kerja pada satu hari yang Cik Mastura rasa indah, mak sediakan sebiji labu dan tepung gandum dengan kaedah perli LANTAK KO LAH NAK BUAT APE....!

Cik Mastura pun excited, membelah labu mengikut belahan ciptaan Ilahi dan air rebusan siap sedia di atas dapur... sementara menanti rebusan labu lembut dan sesuai untuk diuli, Cik Mastura menghantarkan sms kepada Puan Kak Long menyatakan bahawa hari ni ade resepi istimewa... ahahaha, budget la kamoo. 

setelah rebusan labu cukup lembik dan ditoskan, kerja-kerja menguli tepung dengan labu pun bermula. dan kerja-kerja menguli dilakukan dengan bersungguh-sungguh. 

uli punya uli, tapi what a finding! labu tak berserat seperti keledek merah... sebab tu bile uli dengan tepung, takde satu serat yang berjaya membentuk dough macam kuih keria. walau sebanyak mane yang tepung yang korang dok letak tapi hasil masih same... what the, la time tu~!

untuk mengelakkan pembaziran melampau, Cik Mastura menggantikan kuih keria kepada cikodok. Akhirnye, pada petang itu keluarga Cik Mastura hanya dapat merasa Cikodok Labu instead of Keria Labu. 

sekian. kecewa pulak eksperimen tak menjadi... 

Not suitable for keria, ooh man~


kalau korang nak tau, memang ade pun cikodok labu yang orang selalu buat. so, mari kite terjah blog yang adoo ~!
ape-ape pun, memang bahan untuk buat cikodok labu same je macam cikodok pisang... settle!

chow dulu kawan-kawan. ape yang ko dapat hari ni?? kalo tak cube, tak tahu. yee dak?? 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.