Pengikut (Blogspot)

Isnin, 31 Mei 2010

mimpi ngeri bersama Mr Dacing

hello semua, selamat pagi...

semalam hari ahad, hari kenduri se-Malaysia. Jalan kiri dan kanan je, mesti ade khemah pasang merata-rata. lepas je balik kenduri, mata dah berat. ape lagi pekena la tidur petang dengan baju-baju kenduri sekali aku bedal... wah, puas hati.

orang tua dulu-dulu suruh basuh kaki sebelum tidur malam tu?? tu semua simbolik jer... suruh kite ni tido dalam keadaan bersih dan suci. baru lah bende-bende tak elok ni boleh hindar dari diri kite.. macam tu la lebih kurang. 


bukan kata malam je kene tidur dalam keadaan bersih, kalau nak tido petang pun... huhu! tapi tak elok kan tido petang... lagi-lagi nak maghrib. pertukaran siang malam bagi jin dan manusia... 


aah! mimpi petang bukan boleh percaya sangat... tapi memang mengerikan pown... terkejut jer banyak dalam mimpi tu... lari-lari lagi... mau tak penat... meh aku share sikit mimpi dalam blog nie...


Lokasi mimpi ~ ade beran?


bayangkan la situasi betol-betol macam kat atas. dalam mimpi aku, aku ade dalam gua gunung berapi bersama-sama dengan orang yang paling rapat kat aku mase ni, Mr Dacing. 


mase dalam mimpi tu, aku rase sangat bahang dan berfikir yang aku dan Mr Dacing mesti keluar daripada gua gunung berapi tu. perasaan gelabah aku pun muncul. dalam kepala aku hanya fikir macam mane nak keluarkan diri aku dengan Mr Dacing dengan selamat dari gua berapi ni... wah dasat ~!


aku cari-cari air dalam gua gunung berapi. namun tak menjumpai satu pun... yang ada hanyalah sekotak batu baur di tangan... walaupun ikot logik yang batu baur takkan memadamkan api tapi itu je weapon yang ade untuk aku padamkan api yang marak di sekeliling aku. 


Alat memadam api versi mimpi


semakin lama perjalanan melarikan diri ke pintu gua, lava-lava api semakin menjatuh ke atas aku dan Mr Dacing. Batu baur pula lame kelamaan berkurang kuantiti di dalam kotak... namun, aku masih berusaha dan terperangkap dalam situasi bahang tersebut bersama Mr Dacing yang tidak berbuat apa-apa. 

aku pasrah dan tibe-tibe.... ade rasa gegaran di badan aku.... rupe-rupenye! mimpi da... Puan Emak kejutkan aku sebab dah maghrib dan suruh aku bangun mencari Cik Kak Ngah yang disangkakan hilang. 

dalam keadaan pijat-pijat dan mamai, aku terus bangun mendapatkan bilik air dan membasuh muka untuk meneman Puan Emak mencari Cik Kak Ngah. 

tapi otak aku ligat berfikir, adakah hanya aku yang menyemai benih percintaan bersama Mr Dacing, sedangkan beliau hanyalah menganggap aku seperti biasa??

I just need you to give me a chance to tell, I'll let you go. don't worry!

4 ulasan:

  1. seramkan ana...
    bukan salah aku kaloo takot...
    huhuhu

    BalasPadam
  2. huhu erm ari tu kwn ak mmp tsunami..
    ko mmp ni lak..

    BalasPadam
  3. ye ke?
    tsunami lg menyeramkan....
    ko mimpi ape lak ana?
    mimpi kawen??
    ahahaha

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.