Pengikut (Blogspot)

Rabu, 24 Mac 2010

ingat pada arwah ~

hari nie aku tringat kat arwah angah la...
dah setahun 2 bulan die meninggalkan dunia nie
tinggalkan aku untuk dewasakan diri yang tak berapa nak dewasa nie...

aish...
nape aku nie?!
dah lama aku tak fikirkan benda-benda macam nie...
aku anggap remeh jer...

tapi hari nie kerinduan aku kat arwah 
melimpah ruah ibarat 
orang asli memanaskan belanga tanah liat besar 
yang lebih muatan air....
auu~! panas

aku akui


hidup sem nie memang sucks~!
yelah aku kena buat banyak benda yang tak pernah aku buat


memang gmbira dapat pengalaman baru...
tapi bahu nie berat jugak menanggung beban sebenarnya...

kalau arwah ada...
dia selalu dapat rasa aku ada masalah....
berani la aku potong jari ~ kalau dalam condition aku sekarang nie...
gembira sangat2 di luaran padahal dalam hati sedang bungkam~!
pasti akan ada call dari die....
tanya khabar aku....
tak pon cakap ngan aku scara tiba-tiba 
'jangan tensen2, semua masalah leh selesai' 

damn~~!
aku rindu saat tuh....
sekarang nie dah takde lagi
takde manusia yang boleh ganti
even mak aku pon xtau aku bersedih hati, 
kalau aku tak bagi tau aku sedih
jaranglah aku nak bgi tau orang aku ngah sedih
melainkan this blog
yang tak berapa sangat orang nak bukak

ya Allah, ampunkan hambaMu, bukan mahu melawan takdir
aku cuma sedih!

dengan ketentuan Allah, 
aku tak dapat jumpa arwah dalam keadaan dia sedar
aku sampai hospital, dia dah koma....

pesan dia kat kak ngah untuk aku....
'jangan nangis, walau apa pun jadi, jangan nangis'

mcam mana hati perempuan macam aku, 
boleh tak nangis, 
bila tengok keadaan dia yang bergantung pada mesin pernafasan?
bila banyak wayar berselirat kat dada dan buah pinggang?
bila dia buat khemoo dan darah dia mengalir keluar dan masuk?
macam mana aku boleh nak tahan air mata,
bila aku nmpak kesakitan dari raut muka dia yang koma?

pesan tu aku jaga....
masa dia pergi tinggalkan kitorang semua
aku menangis sekejap aja....
loh~!
padahal hati aku nak meraung menjerit!

angah, mastura janji nangis sekejap aje....
tapi mastura rindu angah!


Untuk Arwah Angah yang dirindui....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.