Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 26 Februari 2010

Maulud Nabi

12 rabiul awal, tahun gajah merupakan hari kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah yang telah diberikan wahyu oleh pencipta Maha Agung, Maha Mengetahui, Maha Mencipta dan Maha Mematikan. Subhanallah~ syukur aku panjatkan kerana dapat mengenali agama aku ini kerana hidup dalam keadaan benar dan terjamin syurga... Alhamdullilah...

Copy from wiki jer... sejarah nabi Muhammad SAW


Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seoranganak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Sempena sambutan maulidur rasul, kebiasaannye ade perarakan yang menendangkan selawat ke atas junjungan besar kita nie... 
teringat lak mase kecik-kecik dulu, kat sekolah agama, sambutan nie boleh dikatakan meriah... perarakan selawat nie dijadikan pertandingan antara pelajar.... antara yang menariknye, para ustazah mase nie la sibuk-sibuk reka rentak selawat yang paling menarik. hiasan perbarisan yang paling kreatif bersame sepanduk-sepanduk yang lawa dan kata-kata yang penuh pujian terhadap nabi junjungan...
bile sekarang nie aku pk balik, indahnye time tu... walaupun perarakan nie memang la tak wajib... tapi memang digalakkan la utk budak2 sekolah untuk mengetahui siapa Nabi Junjungan kite... This is part of learning yar.... bagi pendapat aku la...

Untuk sambutan maulidur rasul hari nie, aku memang tak buat ape-ape pown (honestly) ~ aku amek kesempatan nie utk berehat dari psm and segala kerja-kerja aku... 
and aku terfikirla... alangkah bagusnye kalau aku ikut SUNNAH RASULLAH nie dalam kehidupan seharian... makan ke tidur ke belajar ke berbual ke... alangkah mulia budi perkerti tu...

(1) Sunnah Rasullah ketika makan 
  • Baca bismillah sebelum makan supaya rezeki yang diambil nie diberkati Allah SWT 
  • Gunakan tangan kanan untuk menjamah makanan melainkan keadaan darurat... kalau tangan kotor, cuci lah tangan tu....
  • Makan buah-buahan sebelum memulakan makanan utama (nasi@roti@mee dan seumpama) utk memudahkan penghadaman perut
  • Makan jangan berulam air. Sunat terbaik tunggu selama 15minit selepas makan... tapi kalau da tercekik tu minum la air... jangan la jadi sengal lak...
  • makan sebelum maghrib (kecuali la kalau berpuasa) untuk memudahkan tidur dan melapangkan perut untuk belajar
  • Jika makan beramai-ramai... Ambil makanan terdekat dengan kita dahulu ~ tak nmpak gelojoh la nnt 
  • Mulakan menyuap makanan dari pinggir ke tengah pinggan... nie pun sunnah untuk mendapat keberkatan. 
  • Makan dengan 3 jari... 
  • Dilarang bersandar ketika makan... Hukumnya makruh
  • Dilarang meniarap ketika makan... huhuhu nie posisi makan melampau nie.... 
  • Segera mkan ketika makanan siap dengan tenang
  • Jangan mencela makanan... Nie pun salah satu sunnah Rasullah.. sebab itulah rezeki yang kita dapat hari nie...
nie la sebahagian dari sunnah makan Rasullah ~ ade lagi banyak... kalo nak tau search la kat internet ke, tanye kawan-kawan ke, ustaz ke ustazah ke...



(2) Sunnah Rasullah ketika Tidur
  • Menurut Tafsir Haqqi : Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :
    1. Sebelum khatam Al Qur'an.
    2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
    3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
    4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
     'Bertanya Aisyah : 'Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? 'Rasul tersenyum dan bersabda : 'Jika engkau tidur bacalah :
    1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
    2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
    3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredai kamu.
    4. Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah'

    okey la.... da banyak share kot pasal amalan Rasullah SAW yang boleh menyihatkan tubuh badan dan hidup diredai Allah...

    selamat maulidur rasul semua.... wasalam

1 ulasan:

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.