Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 22 Januari 2010

Cinta yang dah expired!

1. Kalau hati ini rama-rama, maka terbanglah aku mencari dirimu yang hilang seribu tahun dulu.


2. Kalau hati ini awan, hujan yang turun pasti akan menghayutkan engkau ke arahku


3. Kalau hati ini petir, cahayanya akan menerangi malammu yang kegelapan


4. Kalau hati ini guruh, dentam-dentumnya buat tidurmu hilang tenteram


5. Kalau hati ini kaca, maka derainya tidak bisa dicantum semula


6. Kalau hati ini kayu, serpihannya sudah lama lekang dek zaman luka terlalu lama


7. Kalau hati ini api, maka baranya takkan padam walau disimbah air tujuh lautan


8. Kalau hati ini persimpangan, maka kekeliruan akan membawamu ke jalan tanpa penghujung


9. Kalau hati ini sungai, berabad pun aliran tetap menghala ke arah yang sama


10. Kalau hati ini bunga api, percikannya memeriahkan hidupmu yang lama suram tanpa aku


p.s: copy from Tarikh Luput Cinta by Lynn Dayana 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.