Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 31 Oktober 2009

Peperiksaan

Aku panjat tiang kerajinan
Meninggalkan lantai-lantai malas

Aku susur denai-denai tulisan dan kiraan
Agar melepasi laluan sempit soalan...
Aku tagih sebukit jawapan kebenaran
Supaya aku tidak tersesat jalan....

Kemudian aku susuli dengan bibit-bibit zikir ketenangan
Disulami doa-doa berpanjangan

Langkah semangat ke medan pertarungan
Akal dan pena aku sediakan
Sebagai senjata untuk berperang
Masa yang ada tidak disiakan

Waktu berlalu tanpa sedar
Tamatlah sebuah peperiksaan
Hatiku gembira, ku lepasi peperangan
Menunggu tempoh meraih kemenangan~
Insya-Allah

Bilik Paling Gerun di Dunia

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.