Pengikut (Blogspot)

Rabu, 21 Oktober 2009

kak ngah saya konvo

istiadat konvokesyen ade mknenye tersendiri...
walaupun ngara barat hanya menganggap hari graduasi sbg hari biasa tapi hari nie adalah hari yang boleh diiktibar oleh semua lapisan msyarakat....




sememangnye bagi penerima sijil tamat belajar, hari nie merupakan hari penghargaan setelah bertungkus lumus mulus belajar sedalamnya bidang yang diceburi....


hari nie jugak hari kenangan bersama rakan-rakan yang sama2 belajar, bermain, bergado, bergembira. kenangan akan mekar dalam ingatan tapi takkan berulang kerana masa tak kan mengulangi dirinya...


hari nie jugak adalah simbolik hari perpisahan bersama dengan institusi yang diceburi. berpisah dengan guru dan warga institusi. skarang baru aku mgerti bahawa, istiadat ini perlu dilakukan gilang gemilang, kerana adat melayu, org berbudi kita berbahasa. majlis ini sememangnya sebagai satu pesanan dari pihak institusi kepada pelajar-pelajar dengan ucapan hati-hati berjalan di masa hadapan scara halusnya....




bagi ibu bapa dan keluarga penerima sijil tamat belajar, majlis ini merupakan satu titik atau peristiwa utk meraikan graduan. dengan menghadiri majlis ini, ibu bapa dan keluarga akan menunjukkan sokongan padu terhadap usaha anak-anak mereka. majlis ini juga menjadi penyuntik semangat kepada ahli keluarga yang lain utk menamatkan pelajaran spt penerima anugerah...




huhuhu saje je nak menulis... lagi pun baru je teman kak ngah grad. congratz sis...


CONGRATULATIONS

~gud luck sis~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.