Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 17 April 2009

kesempurnaan bahasa

Dalam melewati arus kemodenan dan globalisasi, banyak perkara berkaitan dengan budaya harus kita korbankan. Untuk menjadi lebih barat, masyarakat dunia ketiga mengubah budaya mereka, terutamanya dari segi bahasa dan pemakaian. Sebagai contoh, bahasa inggeris telah dimelayukan (impak~kesan) dan pemakaian kita sudah mengikut fesyen atau gaya dari paris, new york serta kota metropolitan lain yang cuba menjadi satu.

Aku sering bertanya dalam diri, mengapa aku jadi begini ~ mencampuradukkan bahasa aku sendiri dalam penulisan. Apakah perbezaan antara tulisan rasmi atau tidak rasmi? Aku akui kadangkala terbawa-bawa semasa dalam peperiksaan ~ istilah melayu dan inggeris aku satukan....

Pelbagai rencana menyatakan bahawa tiada satu bangsa di dunia boleh hidup dengan bahasa lain. Adakah ini benar? Terpulang pada individu untuk menilainya. Bagi aku, ungkapan ini aku sokong kebenarannya. Ini adalah kerana, bahasa adalah jiwa bangsa. Tanpa jiwa, apalah erti tubuh. Misalnya pada zaman akan datang, jika anak-anak melayu menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perantaraan serta bahasa perhubungan. Adakah dunia akan memanggil mereka sebagai orang Melayu? Semestinya tidak. Jadi apakah bangsa anak Melayu ketika itu? Bangsa Malaysia? Mungkin?

Aku sering juga bermonolog sendiri ~ dalam hati. Adakah aku mampu memartabatkan bahasa kecintaan aku ini semula? Apa usaha yang harus aku lakukan. Kini, yang mampu aku lakukan hanya memperkayakan diri aku dengan bahasa aku sendiri. Walau aku menggunakan bahasa bangsa lain untuk menuntut ilmu, aku tidak kesah ~ siapa aku untuk mengubah dasar. Aku perkayakan diri dengan puisi, pantun, gurindam dan sebagainya supaya generasi aku tidak lupa pada apa itu melayu. Dalam impian, aku ingin membina rumah melayu ~ agar generasi aku tahu bahawa rumah itu ialah rumah keturunanku....

Itulah azamku ~ seorang anak melayu.

Gelabah~!

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.