Pengikut (Blogspot)

Isnin, 9 Februari 2009

tubuh macam Jilian Micheal

helloo semua, selamat maghrib...

aku actually memang bukan budak sport,
ape sukan pun aku tak pernah reti main... 
tapi dulu aku memang tak peduli semua tu...
sebab aku memang under-weight a.k.a badan kurus macam lidi...
tapi sekarang tak lagi, bentuk badan anak gadis dah berubah...
sudah menjadi gemuk... itu sahaje, setakat ini. 

cara pertama aku nak kuruskan badan dengan berbasikal keliling taman perumahan aku... yer, aku suke giler naek basikal. lagi-lagi bile melalui hadapan rumah Ncik Hemsem yang terletak di hadapan perumah aku... wahahaha, mase tu hati bunga-bunga. kalau aku ni filem Hindustan, dah tak pegang handle dah bawak basikal tu... lalala ~

perasaan chenta menggunung~!

cara kedua yang dikenal pasti setakat ni ialah melawat Gym... ulang sekali lagi iaitu gym.... UTM ade sediakan kemudahan gym free setiap hari Selasa dan Khamis untuk perempuan buat exercise... terkebetulan aku ade seorang nakama yang ingin sangat (dan sudah halfway) kurus... Cik Fariza dengan keadaan memaksa, tapi dalam keadaan sama aku pun rela... mem-follow beliau ke gym... 

first time masuk gym, ala-ala excited terlebih... nampak cermin sepenuh dinding merata-rata. mase tu, sure confidence level boleh jatuh menjunam dengan lihat susuk tubuh badan sendiri... serius aku tak tipu!

dan nak tambah lagi ke-batak-an dan ke-jakun-an aku, aku terus ke mesin basikal itu... tiba-tiba aku lihat depan mata aku ade banyak button yang ade function tertentu untuk mode yang sesuai dengan kemampuan pengguna. cheh ~ gitu market die... 

aku dengan perasaan ingin tahu ~ terus menekan mode mountain style... memang ikot logik, aku tengah mendaki naek bukit dalam alam fantasi di mesin basikal sekarang ni... tanpa melakukan sebarang warm-up seperti Cik Fariza

aku mencuba sedaya upaya, mengayuh lagi dan lagi... sehingga ke peak location dalam graf yang tunjuk depan aku tuh.. aku terus tak dapat tahan dan terus melompat turun dari mesin basikal yang aku anggap tak guna ketika itu... 

aku dengan keadaan terhuyung-hayang mendapatkan Cik Fariza yang sedang bersungguh-sungguh atas mesin lari sejak 10 minit yang lepas... bile aku sampai je ke sisi beliau, aku terus cakap... 'Fariza, aku nak pengsan~!!'

tanpa mempedulikan aksi aku yang betul-betul nak rebah dan terbaring di tepi mesin lari ketika itu, Cik Fariza mengeluarkan kata-kata yang pedih untuk ditelan... 'berdrama pulak minah ni, yang kau pergi cuba yang paling susah dulu kenape? aku tau ko' 

macam mane beliau boleh tau eh?? aku dah cuba sedaya upaya menunjukkan perasaan sakit yang amat mendalam... Cik Fariza langsung tiada riak kasihan kat wajah beliau. terasa kehampehan di situ... namun demikian, beliau mencampakkan aku sebotol air masak penambah oksigen dalam badan aku. 

setelah 10 minit berehat dan minum air masak, aku rasa aku semakin pulih... yea ~! dan gelincat seperti awal kembali merasuk pemikiran aku. tapi aku dah beringat... kalau nak try mesin baru... elok la berpada-pada kan?? janji pada diri sendiri selepas ini... hahahaha. 

cara yang ketiga ni pun, satu cara yang dikenalkan oleh Cik Fariza untuk kami, konon-konon ingin kurus macam beliau. Cik Fariza membeli satu CD aerobik yang membolehkan kitorang just senaman dalam bilik dan lebih fun berbanding dengan pegi ke gym... 

aku, Cik Waniey dan Cik Zarina baru je lepas menari-nari aerobik dalam bilik ni... emm macam fun la kan bile exercise tu gabung-gabung dengan pelbagai jenis rentak tari macam hoppers, tango, cha cha dan bla-bla-bla....

walaupun terasa sedikit patah pinggang, tapi tak terasa penat sangat... mungkin psiko otak bile kite suke buat sesuatu bende tu... kite akan jarang penat dengan cepat. kan?? logik jer...

bagi aku sekarang ni, senaman ni bukan tujuan untuk kurus... but it is one way to take care of our body system and be more energetic to facing work and life. 

oklah, sudah busuk mau mandi... chow!




Beliau ade STYLE

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.