jamu mata, minat klik klik

Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Khamis, September 22

update (21) : lumpsum cerita

hello semua, salam siang...

lama sangat tak tulis blog ni. lama jugak tak online dan singgah baca blog kawan-kawan.

entahlah. aku dua tiga hari ni rasa lenguh-lenguh badan amat sangat.  belum sempat berurut. maybe aku banyak habiskan masa untuk long distance dan tidur pun tak berapa nak menentu.  dengan adanya masalah jiwa lagi.  macam-macam.

sekarang lokman ada ambil kerja tukang dengan pakcik dia.  buat hoarding dan sedikit kerja-kerja pembersihan tapak.

while aku dapat juga buat lukisan kejuruteraan untuk dewan dan surau dengan Ncik Bos Botak. baru nk mula. harap semua berjalan lancar.

bercerita tntg syarikat kontraktor berdaftar dengan cidb,  aku baru berjaya dalam 2 minggu lepas.  alhamdulillah.  terima kasih kpd mak ayah yang bagi modal,  lokman yg tak mudah mengalah,  warga cidb yang memberi peluang, tunjuk ajar pakcik-pakcik kontraktor otai samada secara lansung atau tak lansung dan kepada semua yg membantu tapi aku tak mention kat sini.

walaupun lesen ini kecil dan masih samar penggunaannya aku hargai sangat. ia menunaikan salah satu impian aku.  terima kasih.

aku harap peluang ni dapat memberi peluang kepada aku dan Lokman untuk survive dalam industri pembinaan seterusnya dapat membantu diri sendiri,  keluarga, kawan-kawan kerja,  amasyarakat setempat,  dan negara.

kbai.

Rabu, Julai 13

syawal 1437 : salam kemaafan

hello semua, selamat tengah hari...

this year, aku tak berapa nak hari raya sangat. baju raya pun pakai baju yang bersih je. takde baju yang baru.

sesejak aku keguguran yang dah makan masa tiga tahun lepas, this year macam aku dengan Lokman cukup gagah la sama-sama pegi kubur anak secara bersama-sama tanpa bergaduh. 

yup. tu adalah improvement yang baik. 

kesusahan itu sebenarnya mengajar aku dan Lokman tentang bersatu-padu, bertolak ansur, berkongsi dan saling memahami. 

secara simple, kegembiraan syawal tu adalah kejayaan ramadhan.

saling bergantung antara kedua-duanya kan. 

jadi entri ni aku tulis ambil kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin untuk semua Muslimin dan Muslimat di Malaysia. terutamanya untuk pembaca blog aku ni samada yang rajen komen or silent reader.

aku mohon maaf sekiranya ada entri aku yang mengguris hati orang lain secara sengaja or tak atau pendapat-pendapat yang aku utarakan dalam ni adalah salah dan beremosi terlebih. 

kosong-kosong ok.

kbai.


p.s : mood rajen sekarang tulis blog construction. jemput singgah (Lokman Construction)



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.